Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!
KUCING dipelihara di dalam rumah sememangnya boleh menjadi masalah, terutama apabila baunya kuat sehingga sukar dihilangkan dan melekat pada segenap ruang.
Ada yang sudah serik membeli produk di pasaran kerana mendakwa bau tersebut hanya hilang sementara dan ada juga merungut tidak berkesan menghapuskan bau.
Seorang wanita tampil berkongsi satu petua mudah yang didakwa berkesan membantu menghilangkan bau kucing di dalam rumah.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia sudah mencuba sendiri petua ini selepas melihat orang lain berkongsi kaedah sama sebelum ini.
Menurutnya, dia tidak perlu merebus campuran bahan dapur seperti lemon, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan serai selama berjam-jam, sebaliknya hanya perlu tunggu mendidih sebelum api dimatikan dan boleh direbus semula apabila perlu.
"Semalam nampak ada orang share petua ni, hari ini saya buat. Memang betul menjadi.
"Tak perlu rebus tiga jam. Saya rebus dah mendidih kemudian on dan off saya rebus balik," katanya.

Lebih menarik perhatian, keberkesanan petua tersebut turut disedari oleh saudaranya yang kebetulan datang berkunjung ke rumahnya.
"Kebetulan saudara saya datang rumah dan dia confirm kan rumah saya tak bau kucing seperti selalu.
"Saya buat tadi pukul 1.30 petang, sampai sekarang satu rumah masih wangi.
"Korang yang nak buat ni, make sure orang lain yang test bau rumah kita sebab hidung kita sendiri dah lali dengan bau busuk kucing. Selamat mencuba," tulisnya.
Dalam perkongsian sama, wanita berkenaan menjelaskan bahawa campuran tersebut bukan digunakan sebagai bahan pencuci lantai atau penyembur.
Sebaliknya, ia hanya perlu direbus dan dibiarkan terbuka untuk menghasilkan aroma yang memenuhi ruang rumah.
"Saya tak guna untuk mop atau spray. Memang rebus dan biarkan sahaja," jelasnya.
Bahan-bahan
- Serai
- Lemon
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Esen vanila
- Air
MENARIK DIBACA: Berpuluh kali cuba baru jadi! Wanita kongsi tip buat kulit risol sempurna, anti koyak
MENARIK DIBACA: Kulit buah naga rahsia cantikkan kulit muka, wanita kongsi petua 'aunty Cina'
Cara penyediaan
- Masukkan serai, lemon, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan esen vanila ke dalam periuk atau cooker bersama air.
- Sukatan bahan dibuat secara agak-agak, mengikut jumlah air serta saiz periuk atau cooker yang digunakan.
- Rebus campuran sehingga mendidih.
- Selepas mendidih, tutup api dan boleh direbus semula.
- Campuran tersebut hanya perlu direbus dan dibiarkan sahaja.