info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Elak sayur layu ketika celur, jangan silap teknik! EVOO, garam bahan paling penting

Lead Image

CARA penyediaan sayur juga memainkan peranan penting bagi mengekalkan tekstur, rasa dan kandungan nutriennya.

Jika selama ini sayur sering dimasak tumis atau digoreng, apa kata sekali-sekala cuba kaedah celur yang lebih ringkas tanpa memerlukan penggunaan minyak.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi cara mudah menikmati sayur celur sekali gus mengurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan.

“Lepas ini cuba kurangkan sikit sayur goreng. Tukar buat sayur celur (blanch) pula,” kongsinya.

Selepas ditoskan, renjis sedikit minyak kelapa dara tambahan dan gaul rata untuk menambah aroma.

Individu itu turut berkongsi beberapa tip ketika menyediakan sayur celur, termasuk menambah sedikit minyak zaitun ekstra dara (EVOO) selepas sayur ditos untuk manfaat kesihatan jantung.

1. Cuci sayur terlebih dahulu

Individu itu mencadangkan sayur dicuci di bawah air mengalir dan direndam seketika menggunakan baking soda sebelum dibilas semula.

MENARIK DIBACA: Bukan telur atau tahi! Ramai buang bahagian kuning ketam, rupanya boleh makan

MENARIK DIBACA: Keropok lekor 'homemade' guna lebihan nasi, lebih 'fresh' dari beli di kedai

2. Celur dalam air garam

Selepas dicuci, masukkan sayur ke dalam air sedang mendidih dan dicampur sedikit garam.

3. Tak perlu letak minyak dalam air

Kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan minyak berlebihan. 

Minyak zaitun dara tambahan mengandungi lemak tidak tepu tunggal baik untuk kesihatan jantung.

4. Toskan sebelum tambah minyak

Selepas sayur diangkat, biarkan airnya ditos terlebih dahulu, lalu renjis satu sudu kecil EVOO.

5. Jangan celur terlalu lama

Tempoh memasak juga perlu diberi perhatian supaya sayur tidak terlalu lembik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan risau daun kesum tak ada! Ini pilihan bahan alternatif nak sedapkan asam pedas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Rumah tiada bau kucing lepas DIY pewangi natural, rebus 6 bahan dapur selesai masalah!

Terhangat