Nak mudah kupas kulit telur rupanya cuma perlu masak tanpa air dalam 'rice cooker'
PERNAH tak terfikir telur boleh dimasak menggunakan 'rice cooker' tanpa perlu menggunakan periuk berisi air?
Bagi yang selalu menyediakan telur rebus, cara ini mungkin boleh dicuba kerana bukan sahaja dikatakan menjimatkan masa dan gas, malah kulit telur juga didakwa lebih mudah dikupas.
Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita berkongsi tip merebus telur hanya menggunakan 'rice cooker' selama kira-kira 10 minit.

“Terima kasihlah siapa yang ajar tip rebus telur 10 minit dalam 'rice cooker'. Lepas tu bila kupas kulit dia mudah terlerai. Tak payah letak cuka, garam bagai.
“Ya Allah, semoga 'traffic light' sentiasa hijau. Mak 'love' benda yang mudahkan kerja-kerja ni,” tulisnya.
Apa yang menarik, tip merebus telur yang dikongsikan tidak menggunakan air, sebaliknya hanya menggunakan tisu yang dibasahkan.
MENARIK DIBACA: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia
MENARIK DIBACA: Kulinari warisan sentuhan ATAS memikat selera, rendang tok rusuk lembu serlah sajian klasik
Berikut merupakan langkah merebus telur menggunakan 'rice cooker'.
- Cuci atau lap telur sehingga bersih
- Lapik bahagian dasar periuk dengan tisu dapur dan basahkan tisu tersebut sehingga lembap.
- Susun telur di atas tisu supaya telur bersentuhan dengan bahagian dasar periuk. Selepas itu, tutup penutup 'rice cooker' dan tekan suis 'on'.
- Biarkan telur dimasak kira-kira 10 minit atau sehingga 'rice cooker' bertukar kepada mod ‘Keep Warm'.
- Setelah masak, keluarkan telur dan rendamkannya di dalam air sejuk sebelum dikupas.

Hasilnya, wanita itu berkata telur yang dimasak lebih mudah dikupas dan kelihatan cantik tanpa kesan berlubang pada putih telur.
Selain tidak memerlukan cuka atau garam, kaedah ini juga dikatakan dapat menjimatkan penggunaan gas dan memudahkan kerja di dapur.