Tumis tomato rupanya rahsia sedapkan ayam masak kicap
LAUK ayam masak kicap sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia tidak kira tua atau muda.
Keenakan hidangan ini memang diakui ramai, malah cara membuatnya juga sangat mudah.
Hantaran seorang pengguna Threads dikenali sebagai Ain Natasha mengundang perhatian apabila dia berkongsi rahsia ayam masak kicap ekstra sedap hanya dengan cara menumis tomato.
Menurut Ain, rasa umami semula jadi pada tomato menjadikan ayam masak kicap bertambah sedap, malah mendakwa tomato yang dimasak terlebih dahulu memiliki lebih banyak nutrien berbanding tomato mentah.
Bagi penggemar ayam masak kicap, apa kata anda cuba sendiri resipi seperti yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan
- Ayam (dipotong kecil)
- 1 biji tomato
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 4 biji bawang merah (dihiris)
- 1 biji kentang (digoreng)
- Kicap lemak manis (secukupnya)
- 1 sudu besar sos tiram
- Serbuk perasa (secukupnya)
- Serbuk kunyit
- Garam (secukupnya)
- Minyak masak
MENARIK DIBACA: Ikan kukus halia-kicap ala Cina Muslim... Isi 'juicy', aroma kuah harum bangkit selera
MENARIK DIBACA: Masak sendiri ayam masak kicap kuah pekat, berkilat... Puas makan, tak payah beli di kedai
Langkah penyediaan
- Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya lalu goreng sehingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.
- Guna kuali sama, keluarkan sedikit minyak lalu masukkan sebiji tomato dan tumis sehingga garing.
- Masukkan bawang putih dan bawang merah dan biarkan sehingga naik bau.
- Tuangkan kicap lemak manis secukupnya lalu masukkan satu sudu besar sos tiram.
- Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan kentang dan perasakan dengan serbuk cendawan serta garam secukupnya.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.