Dimasak sayur, dibuat snek rangup dah biasa! Peria juga boleh dijadikan jeruk enak
SELAIN dimasak sebagai sayur atau dijadikan snek rangup, peria juga boleh dijadikan jeruk.
Mungkin ramai tidak tahu peria yang dikenali kerana rasanya yang pahit sangat enak selepas dijadikan jeruk.
Kepada mereka yang selama ini tidak gemar makan peria, selepas dijadikan jeruk ia mungkin menjadi pilihan.
Jom cuba resipi jeruk peria yang dikongsikan pempengaruh masakan terkenal, Anna Ayuda dalam Instagram miliknya, Annawhatscooking.

Bahan-bahan
- Peria
- Cili padi
- bawang putih
- Garam
- Gula
- Cuka
- Air
MENARIK DIBACA: Trik kurangkan pahit peria katak, gaul saja dengan garam
MENARIK DIBACA: Aqasha handal masak ikan sichuan, belajar dengan ibu masa zaman bujang
Langkah penyediaan
- Cuci peria dan potong bulat (bentuk cincin).
- Gaul peria yang telah dipotong dengan garam dan biarkan selama 30 minit. Tujuannya untuk mengurangkan rasa pahit.
- Bilas peria yang digaul garam tadi lalu ketepikan.
- Larutkan gula, garam dan cuka dalam semangkuk air kemudian masukkan peria.
- Tambah cili padi dan bawang putih lalu pindahkan ke dalam botol.
- Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman.
- Sedia untuk dimakan.