KUALI | Nutrisi

Tembikai dan garam kombinasi semula jadi singkir lemak perut

Lead Image

BUAH tembikai menjadi pilihan ramai ketika cuaca panas kerana ia bukan sahaja enak tetapi jusnya mampu menghilangkan dahaga.

Tembikai juga dipercayai membantu menghilangkan perut buncit jika mengamalkan makan tembikai setiap pagi.

Kandungan kalori rendah dalam tembikai membuatkan buah ini padat dengan nutrisi seimbang bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Selain dinikmati begitu sahaja, taburan garam pada tembikai juga sebenarnya dapat menambah manfaat terhadap pengambilan buah kegemaran ramai ini.

Tembikai dan garam dua bahan baik untuk tubuh.

Makan tembikai bersama taburan garam dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengimbangi elektrolit kerana ia menyerap gula semula jadi dalam tembikai dengan lebih cekap.

Jom ketahui lebih lanjut kelebihan menikmati tembikai dengan taburan garam:

1.Kombinasi bantu kurang lemak

Tembikai mempunyai sifat diuretik semula jadi yang membantu buang lebihan air dalam badan, termasuk di kawasan perut.

MENARIK DIBACA: [V] Sedar usia semakin meningkat, Aeril Zafrel tak bertenaga tanpa suplemen - “Badan dah tak macam dulu”

MENARIK DIBACA: Aliff Syukri tunjuk cara buat kerabu sare Kelantan… Rasa pedas, masam dan berlemak buat ramai terpikat

Garam diambil dalam kuantiti sederhana pula membantu badan mengekalkan fungsi normal, termasuk metabolisme membantu membakar lemak.

Gabungan kedua bahan ini boleh menyebabkan perut rasa kurang buncit dan membantu kelihatan lebih ramping.

2.Mengimbangi elektrolit

Garam menyediakan elektrolit penting untuk keseimbangan cecair dalam badan, sekali gus membantu mencegah dehidrasi.

Pengambilan garam bersama tembikai juga membantu fungsi otot dan saraf dengan lebih baik kerana elektrolit seperti natrium penting dalam proses ini.

3.Sokong kesihatan jantung

Tembikai mengandungi citrulline membantu aliran darah lebih lancar, satu faktor penting untuk kesihatan jantung.

Kandungan Lycopene juga antioksidan kuat memberi warna merah kepada tembikai membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Selain menyegarkan tekak, pengambilan tembikai juga beri khasiat untuk kesihatan.

4.Pengganti elektrolit

Tembikai mengandungi lebih daripada 90 peratus air, jadi ia membantu tubuh mendapat cecair yang cukup untuk kekal segar dan berfungsi dengan baik.

Garam natrium pula penting untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan.

Jadi, gabungan tembikai dengan taburan garam boleh membantu badan tidak cepat kehilangan air terutama dalam panas atau selepas jalani aktiviti fizikal.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Leher dan ketiak berkerak jadi hitam, sental pun tak hilang… Awas petanda awal diabetes

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Jus kunyit bantu cerahkan kulit, kalau tak sanggup ‘telan’ boleh cuba resipi ini

Terhangat