Buahnya terkenal mencegah kanser, rupanya daun durian belanda lagi banyak khasiat
SELAIN isi buahnya, daun durian belanda juga mempunyai khasiat tersendiri dalam menyokong kesejahteraan kesihatan.
Di luar negara, terutama di kawasan tropika daun durian belanda digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit.
Daun ini juga dikenali sebagai sumber kaya dengan sebatian bioaktif memberi manfaat kepada kesihatan.
Kandungan bahan senyawa seperti flavonoid, polifenol dan vitamin C yang tinggi dalam daun ini juga sangat baik untuk melawan radikal bebas penyebab kanser.

Kandungan bahan-bahan antioksidan ini membantu badan melawan tekanan oksidatif dan membantu mengekalkan daya tahan tubuh.
Cara pengambilannya tidak rumit, baik dijadikan teh mahupun jus rendaman daun ini kekal bertindak sebagai bahan antioksidan hingga menstabilkan gula dalam darah.
Berikut adalah lima khasiat daun durian belanda jarang diketahui ramai.

1. Menjaga kesihatan jantung
Terdapat kajian mengenai khasiat ekstrak daun durian belanda membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol.
Kandungan alkaloid dan tannin membantu melancarkan aliran darah sekali gus mendukung kesejahteraan jantung.

2. Mengawal kadar gula dalam darah
Daun durian belanda digunakan secara tradisional untuk membantu mengawal gula dalam darah.
Pengambilan daun ini membantu merangsang insulin dan mengawal metabolisma glukosa.
MENARIK DIBACA: Bukan sekadar sedap dibuat jus, buah delima agen penghasil kolagen wajah
MENARIK DIBACA: Selain pisang dan nanas, buah-buahan ini lagi sedap kalau dipanggang
3. Menghalang pertumbuhan kanser
Kajian dilakukan Universiti Florida mendapati bahawa ekstrak daun durian belanda dapat menghalang pertumbuhan sel kanser.
Sebatian seperti annonacin dalam daun durian belanda berfungsi menghalang enzim diperlukan sel-sel kanser untuk berkembang.

4. Bertindak sebagai bahan anti-radang
Pengambilan teh daun durian belanda boleh membantu meredakan simptom keradangan, menjadikannya pilihan baik untuk individu mengalami sakit sendi atau radang.
Kajian dikendalikan oleh Journal of Ethnopharmacology mendapati daun durian belanda mempunyai kesan anti radang ketara membantu mengurangkan punca penyakit kronik seperti arthritis dan penyakit jantung.

5.Membantu sistem pencernaan sihat
Kandungan serat tinggi dalam daun durian belanda membantu meningkatkan pelancaran usus dan mencegah sembelit.
Serat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus penting untuk pencernaan sihat.
Mengamalkan minuman teh daun durian belanda membantu meredakan masalah pencernaan seperti kembung dan sembelit.