Tingkatkan penghasilan susu ibu dan redakan sakit kepala, antara 8 kebaikan minum air rebusan halba
BIJI halba memiliki bau menyengat namun rempah berbentuk biji-biji kecil itu sering diperlukan sebagai bahan tambahan rasa dalam masakan.
Biasanya biji halba digunakan dalam masakan berkuah seperti gulai dan asam pedas bagi menambah beraroma dan kelazatan juadah.
Selain digunakan dalam masakan, biji kecil berwarna kucing kecoklatkan ini turut digunakan dalam perubatan tradisional iaitu jamu.

Biji halba diketahui memang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dalaman tubuh badan. Cara mudah adalah dengan mengamalkan minum air rebusan biji halba.
Caranya, rebus dua sudu besar biji halba bersama dua cawan air sehingga mendidih kemudian tutup api dan biarkan wap rebusan halba terperangkap.
MENARIK DIBACA: Nampak biasa dan mudah didapati, 5 makanan 'power' ini mampu bantu rawat migrain
MENARIK DIBACA: Bukan untuk sembelit jer, betik dikisar bersama halia tua bantu legakan masalah kebas kaki
Setelah suam, tapis dan minum air rebusan biji halba setiap pagi atau sebelum tidur.
Antara manfaat dan kebaikan air rebusan halba adalah seperti berikut;

1. Kawal gula dalam darah
Halba berupaya memperlahankan penyerapan gula dalam aliran darah selain membantu menstabilkan para gula terutama bagi penghidap diabetes.

2.Kesihatan jantung
Mengambil sekurang-kurangnya satu cawan air rebusan halba setiap hari membantu mengurangkan kadar bacaan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida dalam darah selain baik untuk kesihatan jantung.

3. Menurunkan berat badan
Air rebusan halba membantu meningkatkan metabolisme badan dan membuatkan perut berasa kenyang, seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

4. Lancarkan pencernaan
Halba mempunyai kandungan serat yang membantu mengurangkan sembelit dan kembung perut serta mencuci perut.

5. Tingkatkan susu ibu
Biji halba secara tradisional digunakan untuk meningkatkan dan mengaktifkan pengeluaran susu ibu.

6. Menjaga kesihatan kulit
Ramai tidak sedar biji halba kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang baik untuk memelihara keanjalan kulit.

7. Melegakan sakit kepala dan senggugut
Mengamalkan air rebusan halba boleh membantu meredakan sakit kepala, migrain dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan senggugut.

8. Kesihatan seksual
Kajian mendapati biji halba dapat meningkatkan tenaga seksual dan kesuburan bagi lelaki dan wanita.