Ramai sangka batuk biasa tapi rupanya gejala tibi.... Ini 5 makanan perlu hindar elak lebih teruk
SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai menunjukkan gejala batuk dan situasi itu sering dilihat semasa berada di tempat awam.
Lebih membimbangkan apabila batuk tersebut berpanjangan terutamanya ketika kes penularan wabak tibi atau tuberkulosis yang semakin kerap dilaporkan.
Penyakit berjangkit ini mudah menular terutamanya ketika berada di kawasan sesak dan padat seperti di bazar Ramadan.
Tubuh yang sedang berpuasa juga mendorong tekak menjadi lebih kering dan sensitif sekali gus menyebabkan jangkitan lebih mudah menular.
Justeru itu, kita perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan diri terutamanya jika batuk berlarutan dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh.
KUALI senaraikan beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh mengganggu keberkesanan rawatan atau memburukkan lagi penyakit tibi.

1. Makanan segera dan makanan ringan
Bukan sahaja pesakit tibi, malah orang sihat turut disarankan mengelakkan makanan ini.
Makanan bergoreng dan makanan segera biasanya tinggi lemak tepu dan lemak trans dan ia boleh memburukkan gejala tibi seperti cirit-birit, sakit atau kekejangan perut termasuklah keletihan.
MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'
MENARIK DIBACA: Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu

2. Makanan diproses
Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat halus dan gula tinggi.
Makanan ini hanya memberi kalori tanpa zat yang mencukupi.
Makanan diproses juga biasanya mengandungi bahan tambahan seperti pewarna, pemanis dan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu, ia perlu dikurangkan atau dielakkan.

3. Daging berlemak tinggi
Daging merah dan makanan yang tinggi lemak serta kolesterol perlu dihadkan.
Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan paras kolesterol dalam badan.
Pesakit tibi disarankan mengawal pengambilan makanan berlemak demi menjaga kesihatan keseluruhan.

4. Teh, kopi dan minuman berkarbonat
Teh pekat dan kopi yang tinggi kafein perlu dielakkan kerana kafein boleh memberi kesan rangsangan yang tidak sesuai semasa proses pemulihan.
Namun, teh hijau tanpa kafein boleh diminum kerana mengandungi antioksidan.
Minuman berkarbonat atau minuman bergas juga tidak digalakkan untuk pesakit tibi.