5 buah ini tak sesuai terus dimakan ketka berbuka, ada kesan jika perut kosong
BERBUKA puasa memang masa paling dinanti lepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Biasanya kita suka mulakan dengan buah-buahan segar sebab badan rasa lebih sihat dan ringan.
Tapi, tahu tak bukan semua buah sesuai dimakan bila perut kosong?
Serat, gula dan asid dalam beberapa buah ni boleh buat perut rasa tak selesa, perih dan kembung
Jom tengok 5 jenis buah yang sebaiknya kita elakkan semasa berbuka:

1. Buah-buahan sitrus
Buah oren, limau dan lemon memang sedap dan segar. Tapi kandungan asid yang tinggi boleh buat perut meragam lepas berbuka.

2. Nanas
Nanas ada enzim bromelain yang bantu pencernaan, tapi ia terlalu 'tajam' jika dimakan saat perut kosong.
Rasa masam dan manis semula jadi buat perut cepat rasa tak selesa atau gastrik.

3. Epal
Epal kaya serat yang bagus untuk usus. Tapi kalau dimakan masa perut kosong, boleh menyebabkan kembung perut.

4. Betik
Betik memang baik untuk pencernaan, tetapi bagi sesetengah orang ia boleh bertindak sebagai laksatif ringan.
MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'
MENARIK DIBACA:Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu
Jangan terkejut kalau tiba-tiba perut rasa memulas dan tak selesa sampai keluar masuk tandas.

5. Pisang
Pisang mengandungi kalium dan magnesium yang bermanfaat, namun mineral ini boleh mengganggu perut kosong.
Kesan: Rasa tidak selesa; lebih selamat dimakan selepas makanan ringan atau kurma.