Smoothie pisang berkhasiat, tambah biskut dan krim lagi sedap!
MINUMAN kisar atau smoothie bukan sahaja lazat, malah ia cukup mengenyangkan dan menyihatkan.
Seperti Smoothie Pisang Bersama Biskut dan Krim, gabungan biskut berkrim dan pisang memberikan rasa manis semula jadi untuk memuaskan keinginan selera anda!
Kombinasi rasa coklat kaya membuatkan ia sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Membantu membekalkan tenaga baik, minuman ini ideal dijadikan sebagai sarapan pagi, snek tengah hari atau pencuci mulut.
Berikut adalah resipi dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
1 biji pisang
1 pek biskut Oreo mini perisa original
110 yogurt asli
200ml susu coklat
Langkah penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Bahagikan adunan sama rata ke dalam dua gelas.
3. Siap untuk dihidangkan sebagai pemula hari anda.