KUALI | Resipi Moden

Popiah isi ayam cincang sedap dibuat minum petang, idea bekal anak-anak ke sekolah

Lead Image

SUASANA petang yang sunyi dan tenang menjadi lebih bermakna jika ditemani dengan perbualan ringan bersama keluarga mahupun rakan.

Sesi berborak santai bertambah rancak dengan adanya padanan kudap-kudapan seperti pi popiah rangup dengan inti daging padat menyelerakan.

Kulit popiah digoreng rangup di luar dan inti daging lembut penuh rasa, setiap suapan memberi kepuasan sukar ditandingi.

MENARIK DIBACA : Sedapnya cicah dengan roti baguette, tak susah pun nak buat sup labu

MENARIK DIBACA : Guna 3 bahan sahaja, cef kongsi resipi udang goreng bersama durian

Daging cincang yang digaul dengan rempah ratus yang harum, ditambah dengan keju meleleh, memberikan kombinasi rasa yang menyeluruh. 

Bahan-bahan

Inti daging

  • 450g isi ayam cincang
  • 50g sos tiram
  • 20g kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu teh serbuk lima rempah
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 20g daun bawang dihiris
  • 20g bawang merah goreng
  • 50g krim masakan 
  • 35g bawang kecil dipotong dadu kecil  
  • 30g lobak merah dipotong dadu kecil
  • 10g halia dicincang
  • 15g ketumbar dihiris
  • 50g saderi dipotong dadu kecil 

Bahan-bahan lain

  • 30 helai kulit popia
  • 300g keju mozzarella diparut
  • 500g minyak masak (untuk menggoreng)
  • 50g sos Thai (untuk celupan)

Langkah penyediaan

  1. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk besar dan gaul rata kemudian ketepikan.
  2. Letak kulit popia di atas papan pemotong. Taburkan kira-kira 10g keju mozzarella di atas kulit popia diikuti dengan 25g inti daging. 
  3. Gulung kulit popia tetapi berhenti sebelum lipatan terakhir.
  4. Ambil bancuhan gam dan sapukan sedikit di hujung kulit popia, kemudian lipatkan sekali lagi. Ketepikan dalam peti sejuk.
  5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana kemudian turunkan ke api kecil. (Tujuan untuk memastikan inti dimasak dengan sempurna dan keju mozzarella cair dengan baik).
  6. Letakkan bahagian bawah popia terlebih dahulu dan goreng sehingga menjadi keemasan, kemudian balikkan dan ulangi proses yang sama sehingga selesai.
  7. Toskan popia yang digoreng dengan baik, paling sedap dimakan ketika masih panas.
  8. Petua: Inti daging boleh disediakan lebih awal dan lebih baik disimpan dalam keadaan beku untuk tidak lebih daripada satu bulan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

[V] Bakteria baik pun kena diberi makan, puding prebiotik bersama chia pilihan sihat untuk kesihatan usus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Sandwich keju cheddar dan colby menawan hati, menu sesuai hari ‘cheat day’

Terhangat