Burger berbalut tisu pink menggamit memori
PADA era 1990-an burger gerai tepi jalan cukup sinonim dengan pembalut tisu berwarna merah jambu.
Harganya pula cukup murah iaitu sekitar RM1 yang membuatkan kita sanggup mengayuh basikal untuk membelinya.
Memang kenangan betul burger berbalut tisu pink ini. Walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu namun ia tetap segar dalam ingatan.

Rupanya mungkin ringkas tetapi rasa dan memori di sebaliknya tetap kekal sehingga ke hari ini.
Bayangkan daging berjus, keju mencair sempurna dan roti disalut dengan sos istimewa semuanya dibalut rapi dalam sebelum dipanggang panas-panas.
MENARIK DIBACA: Tapai pulut asyik tak menjadi, ada pantang jangan dilanggar
MENARIK DIBACA: Sakit kepala dan selesema? Sumbat bawang putih dalam telinga kalau nak cepat lega
Sekarang sukar benar nak jumpa burger sebegini lagi kan? Jadi, apa kata anda hidupkan semula nostalgia itu dengan cuba buat sendiri di rumah.
Bahan-bahan
Bahan daging
- 250g daging kisar
- 1 sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- ½ sudu kecil serbuk bawang putih
- 1 sudu kecil sos tiram
Bahan lain
- 2 biji roti burger
- 2 keping keju cheddar
- 2 helai daun salad
- Hirisan tomato secukupnya
- Hirisan bawang secukupnya
- Sedikit mentega untuk memanggang
Bahan sos istimewa
- 2 sudu besar mayonis
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- ½ sudu kecil mustard
Cara penyediaan
- Gaulkan daging kisar dengan garam, lada, serbuk bawang putih dan sos tiram kemudian bentukkan dua kepingan daging leper.
- Masukkan atas kuali dan masak sepenuhnya hingga garing.
- Sementara itu, bancuh sos dengan campurkan mayonis, sos cili, sos tomato dan mustard.
- Sapukan mentega pada roti burger dan panggang sekejap hingga keemasan.
- Susun burger dengan urutan salad, daging, keju, tomato, bawang dan sos di antara roti.
- Panggang semula burger yang dah dibalut selama 1–2 minit di setiap bahagian supaya panas sekata dan lebih padat.
- Balut burger yang sudah siap rapat-rapat menggunakan tisu pink atau kertas pembungkus makanan.