KUALI | Resipi Tradisi

Tapai pulut asyik tak menjadi, ada pantang jangan dilanggar

Lead Image

TAPAI pulut sememangnya menjadi kegemaran ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.

Rasanya manis, sedikit masam serta teksturnya lembut menjadikannya enak dinikmati terutamanya ketika santai bersama keluarga.

Di sebalik kesedapaan itu, ada juga mengadu tapai pulut buatan sendiri sering kali tidak menjadi sama ada terlalu keras, berair, tidak manis atau langsung tiada rasa.

Sebenarnya, rahsia membuat tapai pulut tidaklah terlalu rumit. 

Paling penting, pulut mesti dimasak dengan sempurna dan jangan campurkan ragi ketika pulut masih panas kerana ini boleh merosakkan proses penapaian.

Elakkan juga menggunakan ragi lama dan pastikan proses pemeraman dilakukan selama 2 hingga 3 hari iaitu tempoh paling ideal untuk hasil yang sedap.

MENARIK DIBACA: Bimbang lapar ketika hiking, ini 5 makanan mudah disediakan tapi mengenyangkan

MENARIK DIBACA: Suka beli barang dalam keadaan ‘bawah’ sedar, ini 5 tip elak mak-mak lari bajet setiap bulan

Jika dibeli di kedai, mungkin agak sukar untuk mendapatkan tapai yang benar-benar menepati cita rasa. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah?

Ini resipi mudah Kuali ingin kongsikan untuk tapai pulut yang pasti menjadi.

Bahan-bahan

  • 500g beras pulut 
  • Air secukupnya 
  • 1 paket ragi tapai 
  • Gula secukupnya 
  • Daun pisang atau bekas kedap udara untuk simpan tapai

Cara penyediaan

  1. Basuh beras pulut hingga bersih, rendam selama 4-6 jam atau semalaman supaya pulut jadi lembut.
  2. Kukus pulut selama 30-45 minit sehingga pulut betul-betul empuk dan lembut. Kacau sekali dua supaya pulut masak sekata.
  3. Angkat dan sejukkan pulut hingga suam atau suhu bilik (jangan terlalu panas sebab boleh bunuh ragi).
  4. Taburkan ragi tapai ke atas pulut dan gaul rata. 
  5. Letak pulut yang sudah dicampur ragi dalam bekas kedap udara atau balut dengan daun pisang. Simpan dalam suhu bilik (30-35°C) selama 2-3 hari.
  6. Selepas diperam, tapai sudah siap dan boleh dimakan. Simpan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Kepala santan rahsia keenakan boko ubi kayu, manis dan berlemak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi nasi goreng pegaga buat ibu berpantang, bantu pulihkan tenaga selepas bersalin 

Terhangat