Kepala santan rahsia keenakan boko ubi kayu, manis dan berlemak
GENERASI baharu mungkin tidak pernah merasai keenakan atau mengenali boko ubi kayu, tapi percayalah jika berpeluang merasainya pasti akan suka.
Bagaimanapun hidangan tradisional ini memang susah hendak dijumpai apatah lagi bagi yang tinggal di bandar-bandar besar.
Tapi bagi yang teringin menikmati keenakan boko ubi kayu yang manis dan berlemak, apa kata cuba sendiri membuatnya. Tak susah pun!

Cuma rahsia nak dapat macam air tangan orang dulu-dulu terletak pada cara penyediaan dan tekniknya.
Ini termasuklah menggunakan kelapa santan lembek kerana di situlah terkumpul santan pekat yang kaya rasa, beraroma wangi dan memberi tekstur lembut pada boko ubi kayu.
MENARIK DIBACA: Tapai pulut asyik tak menjadi, ada pantang jangan dilanggar
MENARIK DIBACA: Suka beli barang dalam keadaan ‘bawah’ sedar, ini 5 tip elak mak-mak lari bajet setiap bulan
Nak lagi sedap kenalah ada gabungan santan, sedikit garam dan gula perang adunan penting mencipta keseimbangan rasa lemak manis yang menggoda.
Lebih istimewa lagi jika ditabur dengan kelapa parut sangai rangup dan beraroma memang menaikkan lagi selera! Silap-silap, satu loyang besar pun tak cukup!
Bahan-bahan
- 500g ubi keledek atau ubi kayu
- 100ml kepala santan pekat
- 1 sudu kecil gula perang
- Sejumput garam
- Kelapa parut sangai
Cara penyediaan
- Sediakan ubi dan potong saiz sederhana. Rebus atau kukus sehingga separuh lembut.
- Campur bahan rahsia seperti kepala santan, gula perang dan sejumput garam. Gaul rata sehingga ubi terbalut dengan baik.
- Panaskan minyak. Goreng ubi sehingga rangup di luar. Jika bakar, susun di atas dulang dan sapu sedikit kepala santan sebelum bakar untuk aroma ekstra.
- Tabur kelapa sangai jika suka. Hidangkan panas-panas untuk rasa yang lebih enak.