Cara buat mufin tanpa tepung, masak dalam 'air fryer'... Tekstur, rasa tetap sempurna
SESIAPA yang gemar mencuba resipi baharu di rumah pasti tahu mengenai nikmat dan kepuasan apabila sajian yang dimasak menjadi!
Jika cuba memuat sendiri mufin, hasil sempurna yang kita bayangkan semestinya kek kecil yang gebu, lembut dan sedikit merekah di bahagian atas.
Bagaimanapun, resipi yang dikongsi ini sedikit berbeza kerana lebih ringkas, lebih sihat dan tidak menggunakan tepung seperti mufin biasa.
Jangan risau, hasilnya tetap memuaskan!
Resipi yang dikongsi oleh seorang wanita, rachunyou ini sesuai untuk dijadikan sarapan ringan, snek petang atau pada bila-bila masa anda mahukan sesuatu yang manis tetapi tidak terlalu berat.
Berikut cara-cara membuatnya:

Bahan-bahan:
- 200ml yogurt atau susu kultur 'plain'
- 1 biji telur
- Oat secukupnya
- Buah blueberry
MENARIK DIBACA: Tak hormat makanan! Tindakan wanita heret kaki lembu korban, lapah dalam tandas dianggap jijik
MENARIK DIBACA: Ramai sangka susu ibu lengkap nutrisi, doktor dedah rupanya rendah satu nutrien penting
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk, campurkan yogurt bersama telur dan kacau hingga sebati.
- Masukkan oat sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi agak pekat.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas kecil atau acuan, kemudian letakkan blueberry di atasnya.
- Bakar menggunakan 'air fryer' pada suhu 110°C selama 20 minit.
- Selepas itu, tingkatkan suhu kepada 170°C dan sambung bakar selama 10 minit sehingga permukaan bertukar perang keemasan.
- Siap untuk dihidangkan.