[V] Haqiem Rusli jadi cef di rumah, larang isteri masuk dapur tolong masak
PENYANYI Haqiem Rusli mengakui pandai memasak terutama lauk pauk kampung seperti ayam masak merah, gulai ayam dan ayam balado.
Jika di rumah, penyanyi itu menganggap dirinya sebagai cef dan tidak akan membenarkan isterinya, Anis Sofea memasak kerana dia mahu melakukan sendiri tugas tersebut.
Menurut Haqiem, walaupun isteri tersayang juga boleh dianggap jaguh di dapur, namun wanita itu lebih mahir memasak sajian barat berbanding kampung.
Tambah penyanyi Tergantung Sepi itu lagi, dia juga tidak membenarkan isteri untuk membantunya di dapur kerana keadaan boleh menjadi huru-hara jika suami isteri sama-sama memasak.
TONTON VIDEO PENUH