Nampak senang, ramai mengaku kalah cuba diet tembikai ekstrem Zul Ariffin
PELAKON Zul Ariffin mencuri perhatian ramai apabila berkongsi tentang rutin diet ekstremnya untuk penggambaran filem terbaharu.
Menurut Zul atau Zulkifli Ariffin, 40, berat badannya ketika itu mencecah 103 kilogram (kg), tetapi demi tuntutan watak dan keserasian dengan pelakon lain yang lebih 'fit', dia nekad menurunkan berat badan secara drastik.
Dalam tempoh 17 hari pertama, Zul mendakwa berjaya menurunkan berat sekitar 10 kilogram dengan hanya makan tembikai dan minum banyak air.
Perkongsian itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi terutama di Threads dengan seorang warganet mengaku turut ‘terjebak’ dan terinspirasi dengan diet tersebut.
Walaupun kedengaran mudah, ramai netizen mengakui kaedah itu bukan sesuatu yang mudah untuk diikuti secara konsisten.

"Zul Ariffin makan tembikai + minum air banyak, 17 hari hilang 10kg. Aku hari pertama makan tembikai banyak lepas tu anggur lepas tu tiba-tiba cendol lepas tu ayam penyet.
"Alang-alang gagal terus 'order' Zus (kopi)," kongsi seorang wanita.
Di ruangan komen, netizen lain turut bercerita tentang rutin pemakanan aktor berkenaan dan berkongsi pengalaman kegagalan masing-masing seawal hari pertama mencuba.
MENARIK DIBACA: Cara wanita ini ajar cara buat donat 'step by step' dipuji, ramai teruja nak cuba - "Bagusnya bagi resipi detail"
MENARIK DIBACA: Mudah sangat buat jeli kelapa muda... Lebih segar, terasa keaslian berbanding beli di kedai
"Orang tak faham, berotot macam Zul Ariffin tu ‘muscle’ dia banyak. Bila tak makan, memang ‘muscle loss’ dia akan jatuh mendadak dan otot ni berat tu senang hilang kilogram.
"Kita ni yang banyak lemak lambat lagi nak turun kalau puasa air. Tapi memang betul, puasa air berturut-turut lima hari kan mudah je sebenarnya nak turun lima kilogram tapi jangan 'ngelat' (banyak helah)," kata seorang individu.
Tak kurang juga yang bergurau tentang kesan jika benar-benar mencuba diet tersebut

"Aku entahlah, kalau makan tembikai dengan air je, hilang pedoman sekali.
"Kalau aku hari-hari tembikai, lepas tu masuk hospital 'nab' (mesin nebulizer) 24 jam.
"Betul dah cara ni, nanti susut 20 kilogram tapi bukan berat badan, duit yang susut.
"Sis, 17 jam pun kita ‘fail’. Zul tu 17 hari. Alang-alang kan tak payah lah ek, kita sama," antara komen lucu netizen.