Makanan, minuman manis punca kulat faraj makin teruk... Rendahkan sistem imunisasi
RAMAI wanita tidak menganggap masalah kegatalan dan keputihan sebagai isu serius, menyebabkan mereka cuma menahan sakit tanpa mendapatkan rawatan.
Hakikatnya, keadaan itu boleh menjadi semakin serius jika dibiarkan berlarutan terutama apabila melibatkan jangkitan kulat faraj.
Perkara tersebut didedahkan oleh Pakar Kesihatan Wanita, Dr Asyikin menerusi satu perkongsian di Threads yang mendapat perhatian netizen.

Menurut doktor itu, masih ramai wanita memilih untuk berdiam diri walaupun mengalami simptom yang semakin teruk.
"Tiga minggu dah gatal teruk, keputihan makin banyak, berketul-ketul, ramai ya simpan diam-diam," kongsinya.
MENARIK DIBACA: Sejarah Gardenia bermula di Sabah, teknik fermentasi dan 'rehat' rahsia roti lembut
MENARIK DIBACA: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba
Tambah beliau, jangkitan kulat faraj atau 'vaginal candidiasis' boleh menyebabkan rasa gatal melampau di bahagian alat sulit sehingga ada yang menggaru tanpa henti hingga kulit melecet.
"Bahaya kulat faraj. Kegatalan terlampau asyik menggaru, end up kulit melecet.
"Skin infection makin gatal merenyam kalau makan manis," ujarnya lagi.
Menurut Dr Asyikin, kulat atau yeast sememangnya gemar kepada gula kerana ia menjadi ‘makanan’ untuk membantu pembiakan mikroorganisma tersebut.

"Ya, vaginal candidiasis, yeast atau kulat faraj ni memang suka gula. 'Makanan' untuk membiak.
"High sugar juga ganggu bakteria baik dalam vagina dan lower your immune system," jelasnya.
Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan supaya tidak memandang ringan simptom seperti kegatalan berpanjangan, keputihan luar biasa atau rasa pedih kerana ia mungkin petanda jangkitan yang memerlukan rawatan segera.