info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Thailand alami lambakan stok udang, rugi besar gara-gara Malaysia sekat eksport

Lead Image

THAILAND menanggung kerugian besar selepas Malaysia menggantung sementara kemasukan lima spesies udang dari negara itu susulan pertikaian berkaitan piawaian keselamatan makanan antara kedua-dua negara.

Keputusan yang dikuatkuasa pada 1 Jun oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu bukan sahaja menjejaskan eksport Thailand ke Malaysia, malah memberi kesan langsung kepada pengusaha sektor itu di negara berkenaan.

Presiden Persatuan Udang Thailand, Ekapoj Yodpinit berkata, pihaknya telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul bagi menggesa kerajaan campur tangan dan mengadakan rundingan langsung dengan Malaysia.

Menurutnya, isu berkenaan terlalu besar untuk diselesaikan hanya oleh pihak berkuasa kerana ia melibatkan pertikaian perdagangan dua hala yang memerlukan perbincangan di peringkat kerajaan.

Keputusan itu menjejaskan eksport Thailand ke Malaysia sehingga pengusaha sektor terpaksa menanggung kerugian.

“Penternak udang tidak mampu menanggung kelewatan yang berpanjangan kerana gangguan harian telah menjejaskan penghantaran eksport ke pasaran utama,” katanya.

Ekapoj menjelaskan sebelum sekatan dikenakan, kira-kira 100 tan udang sehari atau sekitar 3,000 tan sebulan dieksport melalui Malaysia.

Bagaimanapun kini, gangguan berlaku menyebabkan sejumlah besar udang gagal memasuki pasaran eksport sehingga menjejaskan rantaian bekalan industri.

Keadaan itu turut menyebabkan pembeli mula memperlahankan pembelian, manakala pengusaha berdepan kesukaran menampung lebihan stok bekalan.

Antara spesies udang dari Thailand yang disekat termasuk udang harimau coklat dan udang putih.

Sebelum ini, KPKM mengumumkan penggantungan sementara import lima spesies udang dari Thailand termasuk udang harimau coklat (Penaeus esculentus), udang putih (Fenneropenaeus merguiensis), udang vannamei (Penaeus vannamei), udang harimau (Penaeus monodon) dan udang biru (Penaeus stylirostris).

MENARIK DIBACA:  Ramai jatuh cinta keenakan tomyam Thailand, rahsianya cuma kulit dan kepala udang!

MENARIK DIBACA: Basuh betul-betul udang galah sebelum masak, mungkin ada telur lintah melekat pada kulit

Sekatan tersebut merupakan tindak balas susulan pihak berkuasa Thailand  terlebih dahulu memperketatkan pemeriksaan siakap import dari Malaysia selepas mendakwa mengesan isu residu, menyebabkan produk berkenaan sukar memasuki negara itu.

Malaysia kemudiannya memperkenalkan syarat lebih ketat terhadap import siakap dari Thailand dengan mewajibkan sijil analisis makmal bagi mengesahkan pematuhan kepada standard keselamatan makanan negara.

KPKM mengumumkan penggantungan sementara import lima spesies udang dari Thailand atas faktor keselamatan makanan dan berdasarkan prinsip timbal balas.

Larangan tersebut akan kekal sehingga Thailand memberikan maklum balas lengkap berhubung isu piawaian keselamatan makanan yang dibangkitkan Malaysia.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Isteri urut dada suami makan spageti 'kuah' krim kopi ais - "Orang lelaki jangan bagi menu mewah"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pemuda 'single' makan sambil renung nasib diri, beli ayam goreng tahan sampai 9 hari

Terhangat