info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pemuda 'single' makan sambil renung nasib diri, beli ayam goreng tahan sampai 9 hari

Lead Image

BAGI sesetengah individu bujang dan tinggal sendirian, urusan makan harian menjadi antara perkara yang paling sukar untuk diurus.

Ada yang rajin memasak, manakala ada juga yang memilih cara paling mudah dan menjimatkan demi mengelakkan pembaziran.

Situasi ini turut dialami seorang individu yang berkongsi tentang kehidupannya di Threads sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.

“Ada tak yang macam saya? Punya 'single' dan punya malas nak pergi makan luar, beli KFC bucket, sehari saya makan seketul.

So, kalau satu bucket sembilan ketul, saya makan sembilan hari. Apa punya life lah saya ni,” tulisnya, mengenang nasib diri.

Perkongsiannya itu mengundang perhatian netizen yang turut mengakui pernah melakukan perkara sama sepanjang hidup bersendirian.

Menurut seorang individu, dia sering membeli lauk dalam kuantiti banyak sebelum menyimpannya dalam peti sejuk untuk dimakan beberapa hari.

“Biasa buat, tapi bukan KFC. Saya beli paprik atau apa-apa lauk kedai tomyam dengan nasi putih, kemudian simpan dalam peti ais atau freezer. Biasanya tahan sekurang-kurangnya tiga hari.

MENARIK DIBACA: Pencuci mulut dlabel 'sampah'! Fazley Yaakob nasihat manusia tak berhak hina makanan

MENARIK DIBACA: Guna air soda, jus lemon atau yogurt antara tip lembutkan daging... Bau hamis pun hilang

“Pernah buat. Order bucket, masak nasi butter sendiri. Order ayam tiga budak gemuk ala carte, ulang makan seminggu. Paling malas, beli Gardenia pack paling besar, tahan empat hingga lima hari makan. Lagi malas, water fasting sahaja.

Well, well... akhirnya jumpa seseorang yang ada persamaan! Saya masak terus untuk seminggu, atau kalau malas, beli banyak macam awak. Bekukan sahaja, kemudian defrost bila nak makan," antara komen netizen.

Dalam pada itu ada juga yang memberitahu bahawa hidup sunyi dan makan bersendirian menyebabkan selera makan berkurangan sehingga berat badan menurun.

Selain itu, ada juga yang berkongsi idea kreatif dengan membeli makanan dalam kuantiti banyak dan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk disimpan di dalam freezer.

Walaupun dianggap lucu bagi sesetengah orang, perkongsian itu membuktikan bahawa kehidupan bujang sememangnya mempunyai kisah tersendiri yang tidak diketahui ramai.

Bagi mereka yang tinggal bersendirian, soal makan bukan sekadar mengisi perut, malah kadangkala menjadi cabaran untuk memastikan makanan tidak dibazirkan dan pada masa sama menjimatkan tenaga serta kos harian.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Thailand alami lambakan stok udang, rugi besar gara-gara Malaysia sekat eksport

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ketahui tentang cendawan hutan, air periuk kera disebut Jaslinda ketika sesat di hutan

Terhangat