Cara orang lama buat kek sarang semut, mudah sangat cuma guna 'rice cooker'
KEK sarang semut memang mempunyai peminatnya sendiri.
Tekstur bersarang cantik, ditambah pula rasa manis karamel serta aroma harum membuatkan kek ini sedap dinikmati sama ada begitu sahaja, juga bersama secawan kopi atau teh.
Seorang wanita berkongsi resipi kek sarang semut yang baru dipelajarinya daripada bakal ibu mentua.
“Kek sarang semut ni saya belajar buat dengan bakal mak mentua minggu lepas.
“Nah saya bagi resepi turun temurun yang I dapat dari bakal mak mentua,” tulisnya menerusi Threads.
Resipi ini juga sesuai untuk yang tidak mempunyai ketuhar di rumah kerana hanya perlu dimasak menggunakan 'rice cooker'.
Berikut dikongsikan resipi penuh:

Bahan-bahan
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 5 biji telur gred C
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 3 sudu besar minyak masak
- ⅓ cawan susu pekat
MENARIK DIBACA: Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'
MENARIK DIBACA: Rambang mata dibuatnya! ‘Syurga’ kek klasik ada di Taman Melawati
Cara penyediaan
- Masak gula menggunakan api kecil sehingga bertukar warna perang.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati. Tutup api dan ketepikan.
- Pukul telur sehingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan kacau rata.
- Masukkan air gula yang sudah ditapis ke dalam adunan telur. Kacau sehingga sebati.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat, kemudian masukkan ke dalam adunan.
- Kacau sehingga semua bahan sebati, kemudian tapis adunan.
- Tuang adunan ke dalam 'rice cooker'.
- Masak sehingga butang 'rice cooker' bertukar kepada 'Warm'.
- Biarkan kek seketika sebelum dikeluarkan dan dipotong.