Kopi awan gula Melaka, pekena pagi bersemangat sepanjang hari
AROMA kopi harum sememangnya mampu membangkitkan semangat, lebih-lebih lagi dinikmati pada waktu pagi.
Jika sebelum ini ramai mengenali kopi dalgona yang popular dengan buih tebal, kini muncul pula kopi awan gula Melaka, membawa sentuhan tempatan menerusi rasa manis karamel daripada gula melaka.
Keistimewaan minuman ini terletak pada lapisan 'foam' kopi dibuat daripada gabungan kopi segera, gula dan air panas dipukul sehingga kembang.
Apabila diletakkan di atas susu sejuk bersama ais, ia menghasilkan rupa berlapis menarik seakan-akan awan terapung di atas gelas.
Lebih menarik, resipi ini tidak memerlukan bahan rumit atau peralatan khas.
Dengan hanya beberapa bahan asas di dapur, sesiapa sahaja boleh menghasilkan secawan kopi ala kafe dengan rasa lemak, manis dan aroma kopi yang cukup memikat.

Bahan-bahan
- 2 sudu besar kopi segera
- 2 sudu besar gula Melaka
- 2 sudu besar air panas
- 150ml susu segar
- Ais
MENARIK DIBACA:Cawangan Murni Discovery terima notis KKM, diarah tutup 14 hari
MENARIK DIBACA:Pemuda OKU pendengaran jadi barista di kafe sendiri, hasilkan kopi istimewa di Silent Brew
Langkah penyediaan
- Pukul kopi, gula dan air panas sehingga kembang menjadi foam.
- Isi gelas dengan ais dan susu.
- Letak foam kopi di atas.
- Tabur sedikit serbuk kayu manis atau kopi.