Satu suapan dah terpukau! Ini cara mudah buat 'burnt cheesecake' rasa premium, guna bahan ringkas je
KALAU pergi ke mana-mana kafe, antara kek atau pencuci mulut yang paling cepat habis semestinya 'burnt cheesecake'.
Teksturnya yang lembut dengan rasa lemak berkrim memang buat ramai terpukau walaupun dengan suapan kali pertama.
Tapi siapa sangka, kek premium dengan harga yang agak 'keras' ini sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah dengan bahan yang sangat ringkas.

Malah, resipi ini juga sesuai untuk mereka yang mahu berniaga kerana modalnya tidak terlalu tinggi tetapi hasilnya nampak eksklusif dan menyelerakan.
Bagi yang teringin hendak mencuba 'burnt cheesecake' sedap ala bakeri viral, boleh ikut resipi perkongsian lohfabakes ini.
Pasti menjadi dan rasa pun padu!
Bahan-bahan:
- 500g keju krim
- 120g gula kastor
- 2 sudu makan tepung kek
- 3 biji telur gred A/B
- 1 sudu makan esen vanila
- 280ml krim putar susu (dairy whipping cream)
MENARIK DIBACA: Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!
MENARIK DIBACA: Wanita 30-an risau wajah mula nampak tua, 'berdesup' netizen kongsi tip pemakanan elak kulit berkedut
Cara penyediaan
- Panaskan oven pada suhu 210°C.
- Pukul keju krim dan gula kastor sehingga tekstur jadi lembut dan sebati.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul (kelajuan medium) adunan secara perlahan.
- Tambahkan tepung kek dan esen vanila kemudian kacau hingga rata.
- Akhir sekali masukkan krim putar susu dan gaul sehingga adunan nampak licin tanpa ketulan.
- Tuang adunan ke dalam loyang 7 inci yang sudah dialas kertas minyak.
- Bakar selama 40 minit (api atas, bawah) menggunakan oven dan siap.