Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder
TREND pemakanan sushi kini memasuki fasa baharu dengan kemunculan konsep Sushi Push Pop, satu inovasi moden mengubah cara makanan itu dinikmati.
Berbeza dengan penyajian tradisional di atas piring menggunakan penyepit, sushi kini sedia dinikmati menggunakan keadah praktikal dan santai.
Idea kreatif dari New York, Amerika Syarikat, mencuri perhatian ramai apabila sushi disajikan dalam bekas silinder menyerupai makanan ringan pernah mencetuskan fenomena dalam dunia kanak-kanak, push pop.

Pembungkusannya kelihatan ringkas, menggunakan tiub kadbod kukuh dengan lapisan sushi di bahagian dalam dilihat sesuai dengan konsep kehidupan moden serba pantas.
Gulungan sushi dimasukkan ke dalam bekas khas boleh ditolak keluar sedikit demi sedikit mengikut keperluan suapan individu, Sushi Push Pop menjadi pilihan ideal untuk makan on-the-go.
Paling menarik, di bahagian bawah tiub terdapat bekas kecil berisi kicap soya sebagai pelengkap selera selain bekas turut berfungsi sebagai penekan.
MENARIK DIBACA: Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu
MENARIK DIBACA: Ramai tak suka sebab rasa macam lipas, daun ketumbar simpan 1,001 khasiat... Boleh bantu pesakit diabetes turunkan bacaan gula
Apabila ditekan, sushi akan naik ke atas dan boleh terus dinikmati tanpa perlu menggunakan pinggan atau penyepit makanan.
Idea unik ini diperkenalkan oleh restoran Suka Sushi terletak di Kips Bay, Manhattan.
Reka bentuk pembungkusannya istimewa sehingga paternkan sebagai konsep pembungkusan khas.

Ia sekali gus menjadi identiti utama membezakan sushi push pop daripada sushi konvensional.
Dari segi menu, pilihannya agak terhad dengan sekitar tujuh jenis sushi roll sahaja termasuk paling laris, California Roll diisi dengan ketam tiruan, avokado dan timun kemudian disaluti masago.
Selain itu, Spicy Tuna Roll turut menjadi kegemaran pelanggan, sushi ini mengandungi tuna, avokado, timun dan sos mayonis pedas memikat selera.

Setiap tiub sushi push pop mengandungi 10 potong sushi.
Namun dari segi harga, sushi push pop dijual sekitar AS$15 hingga AS$17 bagi setiap tiub, bersamaan kira-kira RM70 hingga RM80.
Harga ini dianggap sedikit mahal berbanding sushi biasa di kawasan sekitar, namun keunikan konsep dan cara penyajiannya menjadikan ia pengalaman makan yang berbeza dan ‘Instagrammable’.