[V] Mak-mak mesti suka, 7 produk seafood sejuk beku ini mudahkan kerja memasak
SELALUNYA bila teringin menikmati makanan laut, kebanyakan orang sanggup ke pasar basah untuk mencari hasil laut segar.
Malah, ada juga yang bersusah-payah membersih dan menyediakan bahan memasak di rumah.
Namun kini, semuanya jadi lebih mudah cukup dengan sediakan makanan laut sejuk beku yang tersedia di pasaran.

Sempena kemunculan jenamanya lebih dua dekad di Malaysia, Pacific West tampil dengan tujuh produk seafood baharu yang menjadikan hidangan ala restoran boleh dinikmati terus dari dapur.
Antara yang diperkenalkan ialah Chunky Cod Bites, Crumbed Hoki Fish Fillets, Breaded Oysters, Tempura Barramundi Fish Fillets, Tempura Cod Fish Fillets, Battered Snapper Fish Fillets serta Blue Cod Fish Cocktails – Skin On.
Pilihan yang pelbagai ini memudahkan pengguna memilih mengikut selera, sama ada untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
MENARIK DIBACA: Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab
MENARIK DIBACA: Sayur kubis naik takhta, bakal jadi menu trending 2026
Apa yang menjadikan rangkaian makanan laut ini istimewa adalah kualitinya yang konsisten.
Kesemua produk dihasilkan mengikut standard piawaian kualiti tinggi dengan kemasan crumble, breaded, battered dan tempura yang rangup serta penuh rasa.
Sama ada digoreng garing atau dimasak menggunakan airfryer, hasilnya tetap sedap dan memikat selera.

Bagi ibu-ibu yang sentiasa sibuk, produk ini menjadi penyelamat di dapur kerana tidak perlu lagi membancuh tepung, memerap atau risau hasil gorengan tak menjadi.
Malah, ia juga sesuai dijadikan bekal sekolah anak-anak memandangkan mudah disediakan dan digemari si kecil.
Tidak hairanlah Pacific West kini menjadi pilihan praktikal untuk hidangan harian yang lazat dan menyelerakan.