KUALI | Trending

Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab

Lead Image

BAYANGKAN membayar harga mahal untuk ketam raja (king crab), tetapi yang ditimbang sebenarnya bukan isi daging, sebaliknya kandungan air.

Helah licik itu terbongkar selepas seorang YouTuber asal Korea Selatan, Kim Jimin mendedahkan modus operandi peniaga king crab menaikkan berat timbangan semata-semata demi mengaut keuntungan.

Menerusi saluran YouTube miliknya, Jimin menjalankan satu video siasatan selepas menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kenaikan mendadak harga king crab di pasar.

Selepas penyiasatan, antara helah kerap digunakan oleh segelintir perniaga adalah dengan merendam king crab ke dalam air sebelum ditimbang.

King crab yang dijual sudah pun diisi air.

Cara ini menyebabkan kulit ketam menyerap air, sekali gus menambahkan lagi beratnya ketika ditimbang.

Dalam satu eksperimen yang dijalankan sendiri, Jimin membuktikan berat king crab boleh meningkat sekitar 60 hingga 120 gram hanya melalui proses rendaman air.

Meskipun pertambahan berat itu kelihatan kecil, impaknya terhadap harga jualan cukup ketara.

Ini kerana, harga pasaran king crab yang boleh mencecah sekitar 100,000 won (RM279) sekilogram, tambahan 100 gram bermakna pembeli terpaksa membayar lebih 10,000 won (RM27.90).

"Pengguna sebenarnya membayar harga air, bukan daging," kata Jimin.

MENARIK DIBACA: Masak lemak ketam paling senang, tapi teknik kena betul baru sedap!

MENARIK DIBACA: Beli ketam ketika bulan mengambang bukan sekadar mitos, isinya lebih padat dan manis

Lebih mengejutkan, Jimin turut mendedahkan terdapat peniaga memanipulasi timbangan dengan cara memasukkan berat bakul dalam kiraan atau mengubah suai alat timbangan.

Selain itu, Jimin turut mendakwa wujud kartel di pasar perikanan yang menguasai beberapa gerai dan menekan peniaga baharu, sekali gus menjejaskan persaingan sihat.

Pendedahan ini bagaimanapun mengundang reaksi berbeza daripada para peniaga yang menyifatkan video tersebut mencemarkan imej peniaga kecil.

Namun, bagi YouTuber itu, kesusahan berniaga bukan alasan untuk menipu pelanggan malah sikap tersebut hanya meberikan persepsi buruk masyarakat terhadap perniaga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

The Rock Chilli Queen ajar ibu mentua makan budu, puji rasanya lagi sedap daripada cincaluk - “Lepas ni auto kecek Klate”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Digelar mi 'benang salji', warisan 300 tahun yukino ito somen kekal ke hari ini

Terhangat