[V] Makanan sedap, banyak menu... Seronok lepak di kopitiam moden milik Adam Corrie
JIKA berada di Terminal Bersepadu Gombak (TBG), luangkan sedikit masa untuk singgah ke restoran milik selebriti Adam Corrie, Kopihut yang menawarkan konsep kopitiam moden.
Terletak di aras 2, restoran ini sesuai dijadikan lokasi untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan atau boleh juga dijadikan 'port' makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menariknya, bukan penggemar kopi sahaja yang boleh makan di sini tetapi Kopihut juga sesuai untuk semua kerana menawarkan pelbagai menu.

Antara menu istimewa yang wajib dicuba termasuklaj Dry Wanton Noodle BBQ Chicken berharga RM18.90, yang menggabungkan mi wantan kering bersama ayam BBQ.
Selain itu, Curry Noodle Kopihut (RM18.90) juga antara pilihan menarik buat peminat mi berkuah, manakala Kopihut Volcano Rice (RM23.90) pula boleh menjadi pilihan bagi anda yang mahukan hidangan nasi lebih mengenyangkan.
Tiga menu ini boleh dikatakan antara hidangan yang tak menyesal dicuba ketika berkunjung ke Kopihut.

Bukan itu sahaja, Kopihut turut menyediakan pelbagai lagi pilihan makanan seperti nasi lemak, pan mee, butter rice dan crispy chicken steak, selain aneka minuman serta pencuci mulut.
Jadi, buat yang sedang mencari lokasi makan di sekitar Gombak, Kopihut di TBG boleh dimasukkan dalam senarai, terutama jika anda mahu menikmati hidangan ala kopitiam moden.
Lokasi: Kopihut Terminal Bersepadu Gombak
Lot No. 3-27, Tingkat 2, Jalan TBG, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu operasi: 9 pagi hingga 10 malam (setiap hari)
TONTON VIDEO PENUH