info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Hotel

Bufet durian premium, buah-buahan tropika di Genting Highlands... Sajian tengah hari, makan malam pun ada!

Lead Image

MENIKMATI buah-buahan segar, terutama durian di atas gunung pastinya menjadi memori indah dan sukar dilupakan.

Bagi mendapatkan pengalaman gastronomi sebegitu, Food Factory di First World Hotel, Resorts World Genting memperkenalkan bufet ‘Food & Fruits’ edisi terhad bermula dari 14 hingga 31 Ogos ini.

Menariknya bufet ini, tentulah sajian durian premium tanpa had serta aneka buah-buahan tropika bermusim seperti cempedak, manggis, rambutan dan langsat.

Jika mahukan kelainan, terdapat juga stesen yang menghidangkan kudap-kudapan istimewa seperti durian goreng, cempedak goreng dan pisang goreng.

MENARIK DIBACA: Ramai jauhi MSG, realitinya kandungan natrium lebih rendah dari garam

MENARIK DIBACA: Mentua 'anti' MSG, menantu 'seludup' dalam diam! Setiap kali masak dapat pujian melambung

Tak kurang menarik, pelanggan turut disajikan dengan pilihan pencuci mulut bertemakan kuih muih tradisional di samping pelbagai kek dan pastri Perancis sesuai dengan cita rasa hidangan tempatan, Asia dan Barat.

Terdapat juga stesen hidangan utama yang mengetengahkan nasi bersama lauk, ikan bakar segar, salad dan juga mi serta kuetiau, melengkapkan sesi menjamu selera.

Pilihan menu utama yang dipelbagaikan bagi setiap sesi makan tengah hari dan makan malam, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman menjamu selera berbeza pada setiap kunjungan.

Bufet itu ditawarkan pada harga RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bagi sesi makan tengah hari, manakala sesi makan malam ditawarkan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak.

Pengunjung boleh menikmati bufet ini pada setiap hari bagi sesi makan tengah hari dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang serta makan malam dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Hotel

Serendah RM88 dah boleh makan sepuasnya! Bufet Coffee Terrace tawar menu nostalgia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Hotel

'Fine dining' halal di Nu Er Hong, angkat sajian warisan masyarakat pesisir China dalam era baharu

Terhangat