Serendah RM88 dah boleh makan sepuasnya! Bufet Coffee Terrace tawar menu nostalgia
SELEPAS beberapa tahun 'sepi', bufet makan malam ikonik 'Coffee Terrace' kini kembali menerusi ‘The Nostalgic Spread’ menggamit kenangan.
Bermula 15 Ogos 2026, bufet yang diperbaharui itu menawarkan peluang kepada pengunjung menikmati pelbagai hidangan istimewa.
Pilihan menu berubah mengikut hari, ‘The Nostalgic Spread’ menawarkan pelbagai pilihan sajian merangkumi masakan warisan tempatan, sajian istimewa Cina, autentik Jepun, klasik Barat serta juadah India.

Bufet itu meraikan kekayaan cita rasa Malaysia menerusi hidangan klasik kegemaran ramai, termasuklah nasi ayam Hainan, ayam panggang; itik panggang; ayam char siew; laksa kari nyonya; kuetiau goreng serta nasi goreng kampung.
MENARIK DIBACA: Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"
MENARIK DIBACA: Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"
Pilihan hidangan itu turut dilengkapi dengan juadah tradisional seperti sate, otak-otak, satar ikan serta aneka kudapan tempatan lain.
Pengunjung turut berpeluang menikmati variasi hidangan Asia unik merangkumi sajian Cina disediakan secara bergilir, pilihan sup dan hidangan masakan tumis menepati cita rasa.
Pelbagai sajian Jepun turut disediakan, termasuk sashimi salmon dan tuna, aneka sushi dan maki, takoyaki, gyoza ayam, teppanyaki serta pelbagai hidangan lain.
Bagi peminat makanan laut, stesen khas ‘Seafood on Ice’ menyajikan pilihan seperti udang, kupang hijau New Zealand dan kerang, bersama pelbagai pelengkap menyelerakan.
Melengkapkan pengalaman gastronomi ditawarkan, pilihan hidangan Barat menampilkan sajian seperti kambing panggang, ayam barbeku, makanan laut serta sup menyelerakan.
Sajian India pula menawarkan nasi beraroma, nan, aneka kari, hidangan tanduri serta pelbagai sajian tradisional autentik.

Pada setiap Jumaat dan Sabtu, pengunjung turut berpeluang menikmati hidangan panggang istimewa menampilkan pilihan premium seperti daging lembu panggang berempah dan kaki kambing, disajikan bersama pilihan sos serta sayur-sayuran panggang.
Pengalaman menjamu selera itu turut dilengkapkan dengan pelbagai pilihan pencuci mulut, termasuk kegemaran sepanjang masa seperti ais kacang, cendol; pastri Perancis; kuih-muih Nyonya dan Melayu serta aneka manisan lain.
Bufet makan malam itu ditawarkan setiap hari dari jam 5 petang hingga 9.30 malam, pada harga RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak dari Ahad hingga Khamis.

Pada hari Jumaat dan Sabtu, bufet itu ditawarkan pada harga RM108 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak.
Selain itu, pengunjung menjamu selera antara jam 5 petang hingga 6 petang berpeluang menikmati promosi awal pada kadar istimewa RM78 untuk dewasa, RM38 buat kanak-kanak dan RM68 untuk warga emas.
Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com.