info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"

Lead Image

TINDAKAN seorang wanita yang bergurau dengan bertanyakan soalan tidak masuk akal di media sosial menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, wanita tersebut memuat naik gambar potongan ayam yang telah digaul serbuk kunyit untuk digoreng.

Merujuk kepada gambar tersebut, wanita berkenaan mengajukan soalan sama ada masih terdapat individu di Malaysia yang menggunakan tangan untuk menggaul bahan masakan yang ditabur serbuk kunyit.

Jawapan seorang netizen apabila memberitahu caranya menggaul ayam kunyit menggunakan mesin basuh.

"Dekat Malaysia ni ada lagi ke orang macam saya? Gaul kunyit pakai tangan," soal wanita tersebut.

Hantaran tersebut akhirnya bertukar menjadi bahan jenaka apabila ramai menganggap amalan menggaul bahan dengan serbuk kunyit menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal.

Malah, ramai netizen 'menyerang' ruangan komen dengan pelbagai jawapan berbaur sindiran dan gurauan yang mengundang gelak tawa.

MENARIK DIBACA: Pencuci mulut dlabel 'sampah'! Fazley Yaakob nasihat manusia tak berhak hina makanan

MENARIK DIBACA: Viktor Axelsen lepas geram, pergi Pulau Pinang 'order' makanan penuh meja

"Kenapa tanya macam tu? Ada orang gaul pakai p*n*g*ng ke?

"Biasa saya pakai mesin basuh sis. Senang sekali pusing, confirm semua berkunyit.

"Sekarang kami dekat kedai panggil lori bancuh simen untuk buat ayam kunyit," antara komen lucu netizen.

Seorang netizen lain pula mendakwa menggunakan mesin pembancuh simen.

Walaupun menerima jawapan 'menyakitkan hati', namun wanita tersebut dilihat tidak melatah, malah melayan jawapan yang ditinggalkan netizen.

"Hari ini lebih banyak jawapan lain yang lebih kelakar," katanya.

Perkongsian berkenaan akhirnya menjadi tular bukan kerana teknik gaul kunyit dalam masakan, tetapi disebabkan kreativiti netizen meninggalkan komen-komen spontan yang mencuit hati.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Gara-gara Hamdan Mubarak, wanita terbuka hati nak masak dan makan hati lembu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Gigih ajar makan nasi guna garpu, 'mat salih' buat ramai terhibur - "Ada satu objek dipanggil sudu"

Terhangat