'Fine dining' halal di Nu Er Hong, angkat sajian warisan masyarakat pesisir China dalam era baharu
DI Malaysia bukan senang nak temui restoran yang menyajikan makanan Cina halal dan masih mengekalkan sepenuhnya tradisi kulinari dari China.
Kebanyakan restoran akan membuat penyesuaian dari segi teknik memasak bagi mengikut cita rasa tempatan sehingga hilang rasa aslinya, malah dalam keadaan tertentu sejarah di sebalik hidangan juga lenyap.
Restoran Nu Er Hong di Pullman Kuching tampil menghidupkan semua tradisi masyarakat di China dengan mengangkat warisan budaya pesisir Zhejiang, Fujian dan Guangdong dengan menawarkan pengalaman makan tersendiri.
Apa yang membuatkan konsep ini menarik adalah bagaimana tiga wilayah besar dalam dunia kulinari China itu diterjemahkan dalam satu ruang makan.

Zhejiang dengan sentuhan rasa yang seimbang dan halus, Fujian dengan kekayaan sup serta teknik rebusan yang penuh lapisan rasa dan Guangdong yang menekankan kesegaran bahan serta keaslian rasa.
Menurut Pegurus Besar Pullman Kuching, Sunardi Song, restoran yang dibina sebagai ruang 'House of Harmony' dan 'Table for Milestones' bukan sekadar menawarkan hidangan berkualiti tetapi turut menjadi sebahagian daripada detik bermakna.
"Ini adalah tempat di mana kemewahan global bertemu warisan tempatan, di mana integriti halal bertemu seni kulinari pesisir China, dan di mana setiap hidangan menjadi satu detik bersejarah.
"Ketika Sarawak terus berkembang sebagai destinasi utama perniagaan dan pelancongan, Nu Er Hong bersedia menyambut dunia ke meja kami," katanya.
MENARIK DIBACA: Minum petang ala VIP hanya RM100 di Hotel AnCasa, 10 jenis dessert memang puas hati
MENARIK DIBACA: Nasi linopot, jeruk tuhau dan ambuyat di tengah KL! Peluang 'kaki makan' nikmati sajian autentik Sabah
Pengalaman menjejakkan kaki ke dalam restoran ini terasa bagai kembali merentas zaman dengan dekorasi yang diinspirasikan dari Laluan Sutera Maritim.
Sebagai restoran sajian Cina 'fine dining' yang disahkan halal, Nu Er Hong menawarkan ruang makan selesa bersama bilik-bilik privasi yang sesuai untuk meraikan pelabgai majlis keramaian mahupun makan malam korporat.
Di bawah pimpinan Cef Charles, antara menu istimewa yang dihidangkan ialah itik panggang Nu Er Hong, braised two-headed supreme abalone dan ikan kod char siu bakar.
Untuk tempahan, sila hubungi Nu Er Hong di 019-889 7692