Sayur kubis naik takhta, bakal jadi menu trending 2026
KUBIS antara sayuran paling biasa digunakan dalam masakan harian dari tumisan ringkas hingga sup tradisional.
Kesederhanaan rasa dan tekstur rangup membuatkan kubis dianggap sekadar bahan masak sampingan.
Namun, siapa sangka sayuran biasa-biasa ini sebenarnya bakal mencuri tumpuan sebagai menu trending 2026 apabila dunia kulinari global mula beralih kepadanya.

Perkara ini turut diperakui Penganalisis Pandangan Pengguna di Tastewise, Wesley Allan mengenai pengguna kubis lebih terbuka dan mudah untuk dipadankan dengan hidangan pelbagai budaya.
Tekstur sayur ini yang sedikit liat sesuai dijadikan pembalut taco atau dijadikan mangkuk nasi bahkan dipadankan dalam hidangan mi serta menu berinspirasikan budaya lain.
Data daripada Pinterest turut menunjukkan peningkatan minat terhadap hidangan berasaskan kubis dan carian untuk cabbage dumplings meningkat sebanyak 110 peratus, menandakan minat semakin tinggi terhadap idea masakan kreatif menggunakan kubis.
MENARIK DIBACA: 28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi
MENARIK DIBACA: Redakan ‘hot flush’ dan kemurungan, banyak khasiat daun kelor untuk wanita menopause
Bukan sahaja masakan Asia, hidangan tradisional Eropah juga kembali mendapat perhatian seperti sup Poland diperbuat daripada kubis, Golumpki semakin popular menjelang tahun ini.
Antara faktor utama peningkatan populariti kubis keupaaan sayur ini dikepelbagaikan mengikut kesesuaian hidangan.
Kubis boleh diperam menjadi kimchi, digulung sebagai popia, dijadikan salad segar atau dimasak dalam pelbagai teknik seperti tumisan dan panggangan.

Selain versatil, kubis juga terkenal sebagai bahan menjimatkan kos membuatkan ramai pengusaha makanan melihat sayur ini sebagai pilihan bijak kerana harganya berpatutan tetapi tetap mampu menghasilkan hidangan lazat.
Dari sudut kesihatan, kubis mengandungi serat tinggi dengan nutrien baik untuk sistem penghadaman. Ini selari dengan aliran pengguna moden semakin mementingkan pemakanan sihat bahkan seimbang.
Dengan gabungan harga yang mampu milik, nilai nutrisi yang tinggi dan fleksibiliti dalam pelbagai masakan, kubis dilihat bersedia untuk menjadi bintang baharu dalam dunia kulinari 2026.