Teh oolong rahsia turun berat badan dan tidur lena, rendahkan risiko diabetes
RAMAI masih janggal dengan khasiat terkandung dalam secawan teh oolong, jika dibandingkan dengan populariti matcha atau teh hijau.
Teh oolong yang popular di China sebenarnya menyimpan banyak khasiat luar biasa untuk kesihatan sehingga membantu menurunkan angka pada penimbang dan selain membuatkan tidur lebih lena.
Teh diolah melalui proses fermentasi ini dipercayai tinggi dengan kandungan antioksidan, natrium, magnesium baik untuk kesihatan individu jika diamalkan dalam rutin harian.
MENARIK DIBACA: [V] Tak mudah bergelar atlet gimnas negara, Sharul Aimy disiplin bab diet - “Dulu badan saya berisi”
MENARIK DIBACA: Pulau Pinang Bandar Street Food Terbaik Asia, kalahkan Hanoi dan Bangkok
Cara pengambilan teh ini juga mudah, cuma perlu minum tanpa gula untuk manfaat maksimum sama ada panas atau sejuk dan diambil maksimum dua kali sehari.
Tak sangka, hanya dengan secawan teh ringkas banyak khasiat dan rahsia kecantikan boleh dijadikan sebagai amalan.

1. Turunkan angka penimbang
Sekiranya anda sedang berusaha untuk turun berat badan, teh ini dapat bantu aktifkan metabolisme dan pecah lemak dalam badan.
Kandungan kafein dan polifenol pada teh oolong membantu menurunkan berat badan.
Bagi mendapatkan kesan optimum, cuba gantikan air manis atau minuman bergula dengan secawan teh oolong suam.

2. Bantu menurunkan kadar kolesterol
Kajian mendapati kandungan antioksidan pada teh oolong membantu kurangkan dan menjaga kadar kolesterol.
Bahan semula jadi ini baik untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung koroner dan strok.

3. Mencegah tekanan darah tinggi
Minum sekurang-kurangnya dua cawan teh oolong setiap hari dipercaya dapat merendahkan risiko tekanan darah tinggi hingga 46 peratus.
Teh oolong bagaimanapun mengandungi kafein tinggi, elak pengambilan berlebihan kerana dikhuatiri akan meningkatkan tekanan darah.

4. Menurunkan risiko diabetes
Antioksidan polifenol dalam teh oolong membantu menjaga kadar gula darah.
Kandungan dalam teh ini membantu mengurangkan keinginan pengambilan makanan manis bahkan bantu kawal selera makan.
Namun, manfaat teh oolong sebagai pencegahan penyakit diabetes secara umum masih memerlukan penelitian lebih lanjut.

5. Menguatkan tulang dan gigi
Pengambilan teh oolong baik untuk membantu kesihatan gigi dengan memperkuatkan enamel gigi dan mengurangi pembentukan plak.
Dibandingkan jenis teh lain, seperti teh hijau dan teh hitam, teh oolong mengandung kafein dengan kadar paling tinggi.
Kafein terkandung dalam teh oolong mampu meningkatkan fokus.