Gigi kuning mampu putih dengan bantuan 3 bahan dapur, bukan cuma bersih nafas pun lebih segar
MASALAH gigi kuning sememangnya antara perkara yang boleh menjejaskan keyakinan diri.
Perubahan warna gigi boleh berlaku akibat pengambilan kopi, teh, merokok, faktor pemakanan atau penjagaan kebersihan mulut yang kurang konsisten.
Selain rawatan profesional di klinik pergigian, terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh diamalkan untuk membantu memutihkan gigi secara berperingkat.
Nak tahu apa rawatan tersebut, jom Kuali kongsikan;

1. Minyak kelapa
'Oil pulling' ialah kaedah tradisional yang melibatkan amalan berkumur menggunakan minyak kelapa.
Caranya mudah, hanya ambil satu sudu minyak kelapa dan kumur selama 10 hingga 15 minit sebelum meludahkannya.
Amalan ini dipercayai dapat membantu mengurangkan plak dan bakteria dalam mulut, sekali gus menyegarkan nafas.
Walaupun kesan pemutihan mungkin tidak terlalu ketara, ia boleh membantu mengekalkan kebersihan mulut secara semula jadi jika dilakukan secara konsisten.

2. Campuran serbuk penaik dan ubat gigi
Serbuk penaik terkenal dengan sifatnya yang mampu menanggalkan kesan pada permukaan gigi.
Justeru anda boleh mencampurkan sedikit serbuk penaik bersama ubat gigi ketika memberus gigi.
MENARIK DIBACA: Tekap daun kubis bantu redakan masalah bengkak susu, ikuti langkah mudah ini
MENARIK DIBACA: Selalu makan tapi tak tahu asal usul, ini sejarah nama kuih lompat tikam
Kaedah ini membantu menghilangkan kesan kotoran luaran yang menyebabkan gigi kelihatan kekuningan.
Namun, penggunaannya perlu dihadkan kepada satu hingga dua kali seminggu sahaja bagi mengelakkan risiko penipisan enamel gigi.

3. Berkumur dengan cuka epal
Cuka epal juga sering digunakan sebagai salah satu cara memutihkan gigi.
Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu kecil cuka epal ke dalam segelas air dan kumur menggunakan campuran tersebut.
Amalan ini sebaiknya dilakukan satu hingga dua kali seminggu sahaja kerana sifat asid dalam cuka juga boleh menyebabkan hakisan enamel jika digunakan secara berlebihan.
Selepas berkumur, bilas mulut dengan air kosong untuk mengurangkan kesan asid.

4. Penjagaan pemakanan
Pemakanan juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan warna gigi yang lebih cerah.
Makanan berserat seperti epal, lobak merah dan saderi bertindak sebagai pembersih semula jadi kerana teksturnya membantu membersihkan permukaan gigi ketika dikunyah.
Selain itu, makanan ini juga merangsang penghasilan air liur yang membantu menyingkirkan sisa makanan dan bakteria.