KUALI | Sajian Restoran

Kecomelan Luk Chup cetus fenomena, miniature buah-buahan dan sayuran inti kacang hijau tarik perhatian

Lead Image

BAYANGKAN miniatur buah atau sayuran bersaiz sebesar ibu jari, berkilat, rona ceria dan kelihatan terlalu sempurna untuk dimakan. 

Tapi bila digigit, tekstur buah buatan dicat dengan pewarna makanan itu memberikan rasa manis, lembut sedikit berlemak dari santan, dengan aroma kacang hijau wangi.

Itulah Luk Chup, manisan tradisional dari Thailand kini mencuri perhatian kerana tekstur manisan itu yang lembut dan halus di dalam dan sedikit kenyal di luar kerana lapisan agar-agar.

Tekstur Luk Chup memberikan rasa manis, lembut sedikit berlemak dari santan, dengan aroma kacang hijau wangi.

Perkataan Luk bermaksud 'buah', manakala Chup pula bermaksud 'celup' dan manisan itu adalah kuih dibuat untuk keluarga diraja dan orang istana namun kini ia boleh diperoleh dengan mudah.

Luk Chup dikatakan berasal dari Portugis yang dibawa ke Thailand pada abad ke-17 oleh Maria Guyomar de Pinha. 

Awalnya, makanan itu menggunakan kacang badam namun karena kesulitan mendapatkan bahan di Thailand, kacang hijau digunakan sebagai pengganti. 

MENARIK DIBACA: [V]‘Tudiaaa’ banjir pinggan kuah nasi kandar, padu makan sampai licin

MENARIK DIBACA: Saiz ayam besar dan puas makan, harga pula cukup berpatutan 

Buat anda ingin merasai sendiri keunikan rasa Luk Chup — manisan mini comel dari Thailand kini viral di media sosial, inilah peluang terbaik!

Kafe pencuci mulut, Pokku Dessert menawarkan Luk Chup asli dibuat segar dengan sentuhan tradisional, lengkap didatangkan dalam pelbagai bentuk buah dan sayur mini menarik mata serta memikat selera. 

Antara bentuk buah dihidangkan adalah avokado, belimbing, ceri dan sayur-sayuran pula termasuk jagung, lobak dan terung dan juga bentuk itik comel dengan rona terang memikat hati. 

Setiap hidangan Jinggy Jelly adalah gabungan keseronokan visual dan rasa manis seimbang.

Selain Luk Chup, kafe itu juga terkenal dengan pelbagai pencuci mulut lain unik dan sedap sesuai untuk pemburu dessert ingin cuba kelainan. 

Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri jeli estetik berinspirasikan Jepun, Jinggy Jelly disajikan dalam aneka bentuk haiwan comel antaranya capybara dan dinosaur juga digemari ramai. 

Jeli lembut dan menyegarkan itu sangat menggoda mata dengan reka bentuknya kreatif bahkan juga sesuai sebagai pencuci mulut ringan menyenangkan. 

Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri keenakan pemanis mulut dengan warna menarik.

Setiap hidangan Jinggy Jelly adalah gabungan keseronokan visual dan rasa manis seimbang menjadikan ia pilihan popular buat pengunjung mencari hidangan menarik.

Lokasi: HQ Pokku Dessert, Wisma Rampai, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (12 pm hingga 10 pm)

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] Gulai rebah bangun ayam memikat hati, Chef Wan angkat 6 juadah semakin dilupakan sempena Hari Kebangsaan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

Ada berani nak cuba nasi beriani landak? Nasi lemak unta pun ada di Marican Bistro

Terhangat