Ada sebab tikus suka menyelinap masuk ke dapur, 5 makanan ini tarik perhatiannya
TIKUS sering dianggap musuh utama di dapur kerana bukan sahaja menjijikkan, malah boleh menyebarkan penyakit berbahaya.
Walaupun pelbagai perangkap sudah dipasang, haiwan kecil ini tetap ‘menumpang’ terutama jika keadaan dapur kotor, bersepah atau sentiasa lembap.

Lebih membimbangkan, tikus mudah tertarik dengan makanan terdedah atau disimpan secara tidak betul, sekali gus meninggalkan kotoran yang mencemarkan ruang dapur.
Jika tidak dikawal, ia boleh menjejaskan kebersihan rumah dan mengancam kesihatan seisi keluarga.

Berikut adalah lima jenis makanan paling kerap menarik perhatian tikus ke dapur anda:
1. Bijirin dan kekacang
Kotak bijirin, nasi, pasta, serta kekacang seperti kacang soya dan kacang hijau mengandungi karbohidrat tinggi yang menjadi sumber tenaga untuk tikus.
Pastikan ia disimpan dalam balang atau bekas kedap udara selepas digunakan.

2. Makanan ringan manis
Snek manis seperti coklat dan gula-gula mengandungi kandungan gula tinggi dan sangat digemari tikus.
Simpan makanan manis di dalam peti sejuk atau bekas tertutup.
MENARIK DIBACA: Ada sebab bawang dan kentang tak boleh disimpan bersama, ikut tip ini elak cepat rosak
MENARIK DIBACA: Perasa semula jadi, gulai bertambah lemak... Banyak betul kelebihan buah keras dalam masakan
Jika tertumpah, bersihkan segera sisa makanan bagi mengelakkan tikus daripada datang.

3. Roti
Roti atau kek yang tinggi karbohidrat mudah menarik kehadiran tikus.
Oleh itu, jangan biarkan makana tersebut dibiarkan terpelanga di dapur. Sebaliknya simpan ia dalam bekas kedap udara.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah dan sayur segar mengandungi vitamin serta kandungan air tinggi yang memberi penghidratan untuk tikus.
Anda dinasihatkan simpan buah dan sayur di dalam peti sejuk atau bekas kedap udara.
Buang kulit buah dan sisa organik dalam tong sampah bertutup.

5. Daging
Makanan berprotein seperti daging turut menjadi sasaran!
Walaupun daging segar biasanya disimpan di dalam peti sejuk, lebihan atau sisa jangan dibiarkan terdedah.
Pastikan ia dibuang segera dalam beg sampah bertutup.