KUALI | Trending

Sate tanpa daging jadi fenomena, hanya jilat perasa atas lidi

Lead Image

DUNIA kulinari sering menghidangkan inovasi mengubah cara menikmati makanan kegemaran seperti fenomena terbaharu ini, sate tanpa daging.

Bayangkan satu piring dipenuhi dengan 50 lidi sate, namun bukan daging terpampang di atasnya sebaliknya hanya rempah terdiri daripada daun bawang segar dan serbuk lada merah ditaburkan secara merata.

Tiada daging, ayam, kambing - hanya campuran rempah memberikan sensasi rasa sate sebenar.

Di China Selatan, sebuah restoran mula mencipta sensasi trend ini dengan menjual lidi sate disaluti rempah perap.

Sate bayangan ini dijual pada harga berpatutan.

Konsep ini bukan sahaja unik tetapi juga memberi pengalaman rasa yang menarik bagi para penggemar juadah itu dan dijual dengan harga berpatutan, sekitar 10 yuan atau lebih kurang RM6 sepinggan.

Pemilik restoran dikenali sebagai Ma, juga cef berasal dari Hunan, China berkata idea timbul daripada keinginan untuk memberikan pengalaman makan berbeza.

"Pelanggan boleh menikmati sate tanpa perlu risau tentang kandungan kalori biasanya terkandung dalam daging panggang.

MENARIK DIBACA: Tiada masalah obesiti, orang utan ada cara diet tersendiri... Bijak cari ‘ubat’ kalau sakit

MENARIK DIBACA: Pernah pinjam ah long demi kelangsungan perniagaan, kini AMK Group mula kuasai pasaran makanan segera

"Tujuan saya untuk menawarkan sesuatu baharu, sihat dan boleh dinikmati semua orang tanpa mengira kalori daging.

“Rasa remah perap sudah cukup untuk memberikan pengalaman memuaskan," kongsinya.

Tidak hanya itu, beberapa pelanggan turut menambah bahan seperti mustard untuk meningkatkan rasa sate menunjukkan bahawa rempah digunakan dalam sate kosong ini memberi pengalaman rasa memikat.

Sate tanpa daging diketengahkan mendapat sambutan.

Sejak dilancarkan, restoran ini berjaya meraih kejayaan luar biasa. Setiap hari, lebih dari 100 cucuk sate kosong terjual dengan jumlah pelanggan datang meningkat sehingga 30 peratus serta kebanyakan daripada mereka adalah wanita.

Namun, seperti kebanyakan trend viral terdapat kebimbangan daripada warganet mengenai kebersihan dan kualiti lidi sate digunakan bahkan ada yang meragui sama ada ia digunakan berulang kali.

Pemilik restoran ini bagaimanapun menegaskan semua sate digunakan adalah sekali pakai memastikan kebersihan dan keselamatan pelanggan terjaga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Hari Makanan Sedunia 2025, penyelesaian krisis air diberi tumpuan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Aiskrim ‘paracetamol’ undang perdebatan, ramai anggap idea gila

Terhangat