KUALI | Trending

Aiskrim ‘paracetamol’ undang perdebatan, ramai anggap idea gila

Lead Image

SEBUT sahaja tentang aiskrim, pasti ramai membayangkan pencuci mulut sejuk, lembut dan berkrim yang menyegarkan badan ketika hari panas.

Namun siapa sangka, hidangan manis itu boleh diolah daripada sekadar aiskrim kepadapenawarsakit kepala!

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah jenama dari Belanda didakwa menjual aiskrim mengandungi paracetamol, iaitu bahan aktif dalam ubat tahan sakit seperti Panadol.

Aiskrim tersebut kononnya dicipta untuk merawat sakit kepala dan demam tanpa perlu mengambil pil, sambil pada masa yang sama menikmati kemanisan pencuci mulut.

Netizen harap idea aiskrim ini tidak dibawa ke Malaysia.

Idea unik itu bagaimanapun mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen, memandangkan ia berkemungkinan memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Tak kurang juga ada yang melarang hidangan tersebut dibawa ke Malaysia.

"Macam mana kalau orang tu makan sampai overdos?

MENARIK DIBACA: Dapur kaca nampak moden tapi datang dengan risiko... Ini panduan elak kejadian tak diingini

MENARIK DIBACA: Tart rangup sedap bersama susu premium RM3, mesti cuba!

"Tengok je pun dah rasa nak muntah, inikan pula nak makan!

"Tolonglah jangan bawa masuk Malaysia. Cukuplah aiskrim ubat batuk viral," komen netizen.

Difahamkan, aiskrim tersebut sebenarnya bukan dicipta untuk dijual, sebaliknya hanya sebagai tarikan visual sempena pameran karnival pada tahun 2016.

Pihak berkuasa kesihatan Belanda dilaporkan turut mengeluarkan amaran terhadap penjualan sebarang makanan mengandungi paracetamol tanpa lesen sah yang boleh mendatangkan risiko kepada pengguna.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Sate tanpa daging jadi fenomena, hanya jilat perasa atas lidi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

117 makanan tempatan diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan... Puding Raja, Masak Lemak Kulat Sisir dan Air Janda Pulang antara masuk senarai

Terhangat