KUALI | Trending

117 makanan tempatan diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan... Puding Raja, Masak Lemak Kulat Sisir dan Air Janda Pulang antara masuk senarai

Lead Image

SETIAP kali menikmati sepinggan rojak, minum petang dilengkapi apam lembut mahupun menghidup segelas air nira, nikmatilah khazanah warisan negara dengan penuh bangga. 

Jabatan Warisan Negara baru-baru ini secara rasmi mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek Warisan 2025.

Jika dibanding dengan 2024, hanya 10 makanan diiktiraf berbanding tahun ini senarainya lebih meriah dan penuh warna. 

Apam dan Ketupat Sotong Berlemak hidangan lokal menjadi kegemaran.

Dari capati yang sentiasa ada di meja makan, nasi minyak di majlis kahwin, apam gebu kegemaran ramai, sehinggalah ke tuak sinonim dengan perayaan di Borneo, diangkat sebagai simbol budaya dan identiti negara.

Perisytiharan berkenaan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin, dan dibahagikan kepada 12 kategori utama termasuk makanan ruji, lauk-pauk, kuih tradisional, minuman, pencuci mulut dan juga buah-buahan tempatan.

MENARIK DIBACA: Enam jenis bunga ini boleh dimakan! Cef tunjuk cara buat manisan memikat selera

MENARIK DIBACA: [V] Rupanya pucat dan rasanya hambar! Cicah dengan sambal ‘berapi’ baru tahu kehebatan sate taichan

Lebih menarik, senarai ini bukan sekadar menampilkan hidangan popular, tetapi juga mengangkat makanan unik jarang didengar generasi muda. 

Antaranya Ambuyat/Pinantung (ruji masyarakat Brunei & Sabah); Ayam Pong Teh (peranakan Nyonya); Masak Lemak Kulat Sisir; Ketupat Sotong Berlemak; Kuih Kasidah dan Kuih Tahi Itik serta Air Janda Pulang penuh nostalgia.

Bagu kategori buah pula, sudah tentu durian turut tersenarai sebagai warisan kebangsaan.

Bagi senarai lengkap makanan diwartakan, ia merangkumi 12 kategori utama antaranya Makanan Ruji meliputi nasi dalam buluh dan ubi gadong; Lauk-Pauk pula merangkumi kari kapitan, sambal goreng dan opor daging.

Rojak dan capati hidangan ringan turut diwartakan.

Apam, putu piring, kuih angku, tepung pelita disenaraikan dalam kategori Kuih Tradisional manakala puding raja, bubur cha-cha, pulut durian untuk Pencuci Mulut.

Bagi kategori Snek pula merangkumi rojak, martabak, kerepek, kuih bangkit dan kategori Minuman mencatatkan air nira, tuak serta air janda pulang sebagai hidangan warisan.

Pengiktirafan ini bertujuan memastikan resipi, tradisi dan cerita di sebalik setiap hidangan tidak hilang ditelan zaman. 

Ia juga menjadi simbol kepada dunia bahawa Malaysia bukan saja kaya dengan kepelbagaian kaum, tetapi juga kaya dengan kepelbagaian rasa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Aiskrim ‘paracetamol’ undang perdebatan, ramai anggap idea gila

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Tak tahu nak bawa apa untuk ‘potluck’ pejabat? Ini 5 menu ‘confirm’ licin!

Terhangat