Kerajang aluminium boleh ‘lepas’ logam berbahaya dalam makanan, WHO pun dah bagi amaran
SETIAP kali memanggang daging, ayam, ikan atau kentang, kerajang aluminium digunakan sebagai pembalut makanan.
Kerajang aluminium digunakan sebagai pengganti daun pisang yang sukar didapati terutamanya untuk mereka yang tinggal di bandar besar.
Jadi, kaedah mudah bagi menggantikan penggunaan daun pisang untuk membaluti menu dipanggang adalah dengan kerajang aluminium.
Namun, penggunaan bahan pembalut ini sebenarnya boleh beri impak terhadap kesihatan jika digunakan terlalu kerap untuk jangka masa panjang.

Pembalut ini didapati mengandungi logam sangat reaktif dan bertindak balas dengan makanan yang dibalut.
Kajian dikendalikan oleh penyelidik dari Universiti Amerika Syarikat mendapati makanan dimasak dalam helaian nipis kerta aluminium boleh menyerap enam kali ganda kandungan logam kertas berkenaan.
Pada suhu tinggi seperti memanggang atau membakar, sedikit ion aluminium boleh larut ke dalam makanan terutamanya jika makanan berasid contohnya tomato, lemon, cuka atau bersifat masin.
MENARIK DIBACA: Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk
MENARIK DIBACA: Peach gum resipi rahsia masyarakat Cina miliki kulit cantik dan halus
Kajian menunjukkan pengambilan aluminium berlebihan boleh dikaitkan dengan gangguan sistem saraf dan dikaitkan dengan risiko penyakit seperti Alzheimer.
World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa pendedahan aluminium melalui makanan adalah satu perkara yang diperhatikan kerana ia mampu meningkatkan kandungan aluminium lebih 89 peratus dalam daging merah dibungkus kerajang aluminium dipanggang pada suhu 250 Celsius selama 20 minit.
Jadi carilah alternatif lain untuk membalut makanan untuk dimasak. Gunakan kerajang aluminium untuk membungkus makanan tidak asid atau garam tinggi jika terpaksa,supaya migrasi aluminium dapat dikurangkan.

Cadangan penggunaan selamat adalah menggantikan kerajang aluminium dengan lapisan kertas pembakar.
Boleh juga gantikan penggunaan kerta ini dengan peralatan memasak diperbuat dari kaca, seramik atau keluli tahan karat untuk pilihan lebih baik.
Jika terpaksa, gunakan kertas berkenaan pada suhu sederhana dan masak tidak terlalu lama untuk memanggang dan membakar ikan, daging atau makanan laut.