Peach gum resipi rahsia masyarakat Cina miliki kulit cantik dan halus
KALAU anda suka pencuci mulut yang bukan sahaja sedap, malah baik untuk kesihatan kulit wajiblah cuba peach gum dessert!
Peach gum sebenarnya adalah getah dari pokok yang apabila dimasak menjadi lembut dan kenyal.
Pencuci mulut tradisional Cina ini sangat popular terutama dalam makanan kesihatan kerana ia dipercayai dapat memperbaiki kulit, melancarkan peredaran darah serta menyejukkan badan.

Apabila digabungkan dengan snow fungus, kurma merah dan goji berries, maka terhasilah pencuci mulut manis menyegarkan.
MENARIK DIBACA: Dapur kaca nampak moden tapi datang dengan risiko... Ini panduan elak kejadian tak diingini
MENARIK DIBACA: Bukan setakat sedap buat colek, kena cuba kerabu buah limau gajah
Mudah sahaja untuk cuba di rumah, jom Kuali tunjukkan caranya!
Bahan-bahan
- 20g peach gum
- 10g snow fungus
- 8-10 biji kurma merah
- 1 sudu besar biji teratai rendam 1 jam
- 1 sudu besar goji berries
- 100g gula batu/ biasa
- 1.5 liter air
Cara penyediaan
- Rendam peach gum dalam air bersih selama 12-24 jam sehingga kembang dan lembut. Tos dan bilas bersih.
- Rendam snow fungus sehingga kembang dan buang bahagian keras di tengah kemudian potong kecil.
- Rendam biji teratai selama sejam, toskan.
- Dalam periuk, masukkan air dan rebus peach gum bersama snow fungus dan biji teratai selama 45 minit dengan api sederhana.
- Masukkan kurma merah dan gula batu. Masak lagi 15 minit sehingga semua bahan lembut dan gula larut.
- Masukkan goji berries, kacau rata dan masak selama 5 minit lagi.
- Matikan api dan biarkan sedikit sejuk.
- Hidangkan panas atau sejuk ikut selera.