KUALI | Trending

Macam air mineral biasa, Jepun cipta Tokusui bantu hapus lemak badan

Lead Image

NAMPAK macam air mineral biasa tapi manfaatnya luar biasa!

Air minuman dari Jepun ini bukan setakat menghilangkan dahaga tetapi ia dikatakan boleh membantu mengurangkan lemak dalam badan.

Dikenali sebagai Special Water atau Tokusui, minuman keluaran syarikat Jepun, Suntory ini menjadi bualan hangat netizen kerana manfaat kesihatannya.

Produk itu dicipta khas untuk membantu mengawal lemak perut, terutama bagi mereka yang jarang bersenam atau banyak duduk depan komputer sepanjang hari.

Kelihatan seperti air mineral biasa dari segi rupa dan rasa.

Rahsianya terletak pada sebatian HMPA (3-(4-hydroxy-3-methoxyphenyl) propionic acid) atau asid ferulik terhidrogenasi iaitu bahan semula jadi hasil penapaian dedak padi.

Menurut kajian, pengambilan HMPA secara konsisten boleh membantu memperbaiki pengagihan lemak perut pada individu yang mempunyai BMI tinggi.

Menariknya, khasiat seperti ini selalunya hanya ditemui dalam produk teh hijau, tapi buat pertama kali ia hadir dalam bentuk air minuman kosong!

MENARIK DIBACA: Sate tanpa daging jadi fenomena, hanya jilat perasa atas lidi

MENARIK DIBACA: Aiskrim ‘paracetamol’ undang perdebatan, ramai anggap idea

Tokusui bukan sahaja jernih tetapi tiada kalori, bebas gula dan kafein.

Namun ia mempunyai sedikit perbezaan dari segi rasa iaitu aroma lembut seperti air beras tapi tidak begitu ketara.

Produk ini dijual dalam botol 600 mililiter dengan harga sekitar 150 yen (RM5), menjadikannya ia mampu milik.

Tak hairanlah kalau ia dijangka bakal jadi trending di Jepun nanti!

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Cucur udang kuah kacang pikat hati juri, 2 cef Malaysia gondol pingat gangsa di Korea Selatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Pasar raya di Korea perkenal konsep 'Haru Hana Banana', elak pisang busuk secara serentak

Terhangat