KUALI | Trending

Cucur udang kuah kacang pikat hati juri, 2 cef Malaysia gondol pingat gangsa di Korea Selatan

Lead Image

NAMA Malaysia sekali lagi harum di persada antarabangsa selepas dua cef asal Johor berjaya mendapat tempat ketiga di 9th Jeju Local Cuisine Competition & WACS International Culinary Competition di Jeju, Korea Selatan baru-baru ini.

Dua cef tersebut, Fazalina Ismail dan Muhammad Saufie Ab. Rashid berjaya memikat lidah juri dengan tiga hidangan iaitu cucur udang kuah kacang, ketam sumbat sos cili bawang putih dan salad jeruk limau tangerin.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Fazalina ketika ditemu bual pemberita berkata, cabaran terbesar dihadapi adalah untuk memastikan bahan digunakan halal selain berdepan masalah komunikasi.

MENARIK DIBACA: Gulai telur stail Kelantan resipi Hisham Raus memang padu, tambah solok lada lagi sedap

MENARIK DIBACA: [V] Hampir 25 tahun berhijrah ke Malaysia, nasi goreng ‘bodoh’ isteri tetap kegemaran Mark Adam

"Kami sangat berhati-hati dalam memilih bahan dan memutuskan untuk menggunakan makanan laut selepas meneliti bahan halal yang ada di pasar Dongmun di Jeju.

"Selain itu kami juga berdepan dengan masalah komunikasi kerana rata-rata masyarakat di sana (Korea Selatan) tidak fasih berbahasa Inggeris," kata Fazalina yang juga Pengerusi Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Chef Korea dan diiktiraf oleh WorldChefs itu turut disertai oleh tujuh buah negara lain iaitu Nepal, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan cef dari Taiwan telah berjaya membawa pulang pingat emas manakala pingat perak pula dimenangi oleh tuan rumah iaitu Korea Selatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kapal cruise patuh syariah pertama di Malaysia beroperasi 29 Nov, saji hidangan halal bertaraf 5 bintang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Macam air mineral biasa, Jepun cipta Tokusui bantu hapus lemak badan

Terhangat