KUALI | Trending

Bekas pencuci pinggan jadi botol minuman, pelajar di Papua buat netizen tersentak - “Betapa beruntungnya kita”

Lead Image

MOMEN sekumpulan murid dalam sebuah kelas menikmati makan tengah hari ketika waktu rehat menuai perhatian ramai pengguna media sosial.

Video dirakamkan oleh guru kelas tersebut memperlihatkan murid sekolah di sebuah kawasan pedalaman di Papua, Indonesia, menggunakan bekas botol cecair pencuci pinggan sebagai botol minuman.

Bagi kebanyakan daripada kita, pemandangan yang disajikan itu mungkin kelihatan janggal pada mata kerana merasakan ia perkara pelik.

Namun bagi murid-murid miskin dari kawasan pedalaman tersebut, mungkin itulah bekas botol minuman 'paling berharga' yang mereka miliki untuk digunakan.

Momen sederhana murid di sebuah sekolah di pedalaman Papua menggunakan bekas botol pencuci pinggan sebagai botol minuman.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh laman Instagram @popmedia.id, pemandangan waktu rehat sekumpulan murid sekolah itu telah menuai perhatian masyarakat dengan pelbagai reaksi.

Di saat murid-murid lain berlumba mempamer botol minuman lebih cantik, pelajar di Papua ini tidak kekok mengitar semula botol sisa pencuci pinggan untuk dijadikan bekas minuman untuk dibawa ke sekolah.

Tambah menyentuh hati, murid-murid itu tidak kekok berkongsi sebotol air minuman dengan rakan-rakan lain, sekali gus mengungkap kebersamaan dalam kehidupan seharian mereka.

MENARIK DIBACA: Sajian Minnan sepanjang November di Le Méridien Putrajaya, pengalaman gastronomi merentas budaya

MENARIK DIBACA: Ikan kembung percik enak, juadah tradisional penuh aroma

Pemandangan menyentuh hati itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial apabila meninggalkan komen simpati dan berharap agar murid tersebut terus rajin belajar dan berjaya dalam hidup di kemudian hari.

"Betapa beruntungnya kita... Ada orang malu nak tunjuk botol air tapi mereka dengan bangga mempamer botol bekas pencuci pinggan. 

"Ya Allah, semoga anak-anak ini berjaya dalam kehidupan mereka dan sihat-sihat selalu.

"Semoga anak-anak ini tidak putus semangat untuk belajar dan berusaha untuk menjadi orang berjaya," ujar seorang lagi pengguna Instagram.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Makan perlahan kurangkan risiko obesiti sebanyak 45 peratus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Kapal cruise patuh syariah pertama di Malaysia beroperasi 29 Nov, saji hidangan halal bertaraf 5 bintang

Terhangat