KUALI | Trending

Anak rantau terharu dapat rezeki tak dijangka, kehendak berbuka makan nasi ayam makbul serta merta

Lead Image

RAMADAN sering menjadi saksi pelbagai kisah berkaitan rezeki yang datang tanpa dijangka.

Biarpun dalam bentuk kecil, ia tetapi memberi kesan besar lebih-lebih lagi buat golongan susah, mereka di perantauan dan juga individu yang penat seharian bekerja.

Seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai penghantar parcel di Australia memuat naik video menyentuh hati selepas menerima makanan untuk berbuka daripada individu tidak dikenali.

Ibu tunggal ini terharu kerana dapat menikmati nasi dengan ayam seperti diinginkan untuk berbuka puasa.

Menceritakan pengalamannya di Threads, Noremey Abdul Ghani berkata dia berasa sangat sebak dikurniakan rezeki tak disangka-sangka apatah lagi ketika itu dia sedang penat selepas bekerja dalam cuaca hujan.

“Hari ini kerja dalam kepenatan sebab hujan dan terlepas sahur sebab semalam memandu keseorangan selama 4 jam,” kongsinya.

Ramadan sering dikaitkan dengan bulan berkongsi rezeki.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, ketika menjalankan tugas menghantar parcel, dia tiba-tiba teringin untuk berbuka dengan nasi ayam.

Tanpa diduga, muncul sebuah kereta yang berhenti di belakang keretanya lalu menghampiri dirinya yang baru selesai menghantar parcel.

"Individu ini lantas mendekati dan menghulurkan bungkusan makanan untuk berbuka puasa.

MENARIK DIBACA:Senarai restoran tawar aneka sajian Melayu dengan suasana kampung ala Rembayung

MENARIK DIBACA:Bufet licin 10 minit lepas waktu berbuka... Hotel kedekut atau tetamu tamak? -"Mindset kata aku bayar mahal"

"Terkejut saya apabila membuka kotak ini melihat nasi bersama ayam. Alhamdulilah, menangis bila terasa cepat sangat Allah makbul kehendak," ujarnya.

Menerusi [VIDEO] dikongsikan, wanita ini turut dilihat menerima air kelapa kotak, kurma, buah epal dan coklat dalam bungkusan yang diterima.

Perkongsian wanita ini ternyata menyentuh hati warga maya dan ada yang turut berkongsi pengalaman sama.

Antara komen netizen.

"Allahuakhbar, peristiwa macam ini membuatkan saya bertambah yakin Allah SWT Maha Mendengar, saya turut terasa sayu. Saya semalam terasa nak makan kuih pelita, sekali moreh di masjid ada kuih sama, syukur sangat.

"Terima kasih ingatkan saya untuk bersyukur. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

"Saya pun. Semalam teringin kuih ketayap puas cari di dua bazar tak ada. Tapi singgah satu kedai ni ada dan orang kedai beri empat bungkus kuih untuk saya berbuka," antara perkongsian netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Trend kunyah plastik untuk kurus nampak kelakar, ketahui risiko mental dan fizikal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nama Musang King hak milik Malaysia, negara lain tak boleh suka-suka guna – Mat Sabu

Terhangat