KUALI | Trending

Bufet licin 10 minit lepas waktu berbuka... Hotel kedekut atau tetamu tamak? -"Mindset kata aku bayar mahal"

Lead Image

RAMAI memilih berbuka puasa di hotel bagi mengubah angin dan mencuba menu eksklusif seperti mana diiklankan.

Di Threads, seorang pengguna berkongsi pengalaman mengecewakan ketika berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 

Individu itu mendakwa hidangan bufet yang disajikan habis dalam tempoh sembilan minit selepas masuk waktu berbuka.

Keadaan itu mencetuskan susana kelam kabut dalam kalangan pengunjung yang masih beratur untuk mengambil makanan.

Wanita ini kecewa hidangan bufet disajikan habis dalam tempoh sembilan minit selepasberbuka puasa.

"Apabila ditanya kepada staf hotel, mereka memaklumkan bahawa makanan akan diisi (refill) semula, namun proses tersebut sangat lambat. 

"Malah, ramai pengunjung terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan hidangan dan masih tidak sempat menikmati makanan sebelum lauk-lauk kegemaran habis," kongsinya.

Tambahnya lagi, antara hidangan yang menjadi tumpuan adalah kambing namun hanya satu ekor yang dipanggang.

MENARIK DIBACA: Peniaga bazar perlu patuh 4 syarat ini sebelum berniaga, pakai cincin antara larangan ketika kendali makanan

MENARIK DIBACA: Serik kejadian lalu, wanita kini lebih tenang selepas letak label pada tong gas

"Kadar kuantiti makanan disediakan menjadi persoalan kerana ramai datang ke sesi berbuka puasa ini tetapi jumlah hidangan sedikit tidak mencukupi," luahnya.

Mengakui makanan yang disajikan tidak begitu istimewa atau mewah, pengguna itu bagaimanapun berkata kekecewaannya adalah kerana pihak hotel seolah-olah tidak bersedia menampung permintaan pengunjung yang ramai. 

"Staf hanya mampu beritahu bahawa hidangan baru dimasak menyebabkan kelambatan untuk mengisi semula bufet," tulisnya.

Bagaimanapun, dalam perkongsian seterusnya, dia memberitahu bahawa wakil pihak hotel berkenaan menghubungi dirinya bagi menawarkan peluang kedua untuk berbuka puasa. 

"Terima kasih atas pelawaan tersebut. InshaAllah, kita beri peluang untuk mereka (pihak hotel) ubah persepsi berbuka di tempat ini," ujarnya sambil berharap servis yang ditawarkan akan diperbaiki.

Rasai kemanisan dalam setiap momen bersama orang tersayang.

Pengalaman ini menjadi peringatan kepada pihak hotel untuk lebih bersedia dalam menyediakan jumlah hidangan yang cukup, terutamanya jika menawarkan bufet Ramadan.

PENGUNJUNG JANGAN TAMAK

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang berpandangan masalah ini berlaku kerana masih ada kelompok masyarakat di negara ini tidak faham sepenuhnya konsep bufet.

"Manusia tak faham konsep makan bufet, patut ambil sikit-sikit bukan penuhkan satu meja sebelum azan. 'End up' bazir tak makan. Berpuasa, besar manalah perut boleh 'sumbat' pun.

"Sebenarnya orang kita tak pandai makan bufet. Pergi bufet hotel tapi ambil macam makan kenduri. Ambil banyak lepas tu bukan habis pun.

"Mindset kata aku bayar mahal kot. So ambi banyak-banyak tapi tak makan pun.

"Orang kita berbuka bufet ambil tak ingat dunia penuh meja, lepas tu makan tak habis," antara komen netizen.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Perhatikan 5 'red flags' gerai di bazar Ramadan, jika nampak elak singgah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Bang Mat saran tanam nanas jika ada ruang kosong, tak perlu tunggu tanah luas

Terhangat