7 manfaat minum air rendaman kurma, paling sesuai amal bulan Ramadan
AIR rendaman kurma turut disebut sebagai air nabeez.
Tidak mengeluarkan modal besar, minuman penuh khasiat dan kebaikan ini hanya memerlukan beberapa biji kurma atau tamar yang direndam ke dalam air putih dan dibiarkan selama semalaman.
Air rendaman kurma ini mengandung banyak nutrisi yang baik untuk tubuh termasuk lemak, natrium, kalium, karbohidrat, serat, gula, protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C.

Malah minuman penambah tenaga ketika bulan puasa ini juga baik untuk diamalkan sewaktu bersahur mahupun sewaktu berbuka.
Kuali akan kongsikan tujuh manfaat serta kelebihan mengamalkan minum air rendaman kurma terutama ketika berpuasa.

1. Mengembalikan tenaga
Air rendaman kurma kaya dengan sumber gula semula jadi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa yang menjadi sumber tenaga pantas untuk tubuh.
Kandungan ini mudah dicerna dan diserap oleh tubuh, sekali gus menjadi pilihan ideal untuk mengembalkan stamina setelah seharian berpuasa.

2. Mengatasi keletihan dan rasa pening
Kandungan mineral penting seperti kalium dan magnesium dalam air rendaman kurma membantu menstabilkan cairan dalam tubuh dan tidak membuatkan badan seseorang dehidrasi akibat kekurangan air sekali gus mengalami rasa pening kepala.

3. Keselesaan perut
Kandungan nutrien dalam buah kurma berfungsi untuk membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan masalah kembung perut. Teksturnya yang ringan dan mudah dicerna menjadikan perut sentiasa selesa walaupun ketika kosong.
MENARIK DIBACA: Bukan sekadar wangi, rupanya ada sebab lain daun bawang perai laris musim Tahun Baharu Cina
MENARIK DIBACA: [V] Alvin Chong lebih suka 'steamboat', dah bertahun keluarga tak hidang Yee Sang sempena Tahun Baharu Cina

4. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air rendaman kurma dapat melancarkan sistem pencernaan kerana kaya dengan kandungan serat larut dan tidak larut. Kandungan serat ini membantu menyerap air pada salur pencernaan dan membentuk gel bagi melancarkan pergerakan usus untuk mengurangkan risiko masalah sembelit.

5. Kawal bacaan gula dalam darah
Kurma mempunyai indeks glisemik yang relatif sederhana berbanding gula tulen, terutamanya jika diambil dalam jumlah yang sederhana. Kandungan serat dan sebatian semula jadi dalam kurma membantu memperlahankan penyerapan gula dalam tubuh.

6. Meningkatkan daya tahan tubuh
Kurma kaya dengan antioksidan seperti flavonoid dan polifenol yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Selain itu, kurma turut mengandungi kalium, magnesium dan zat besi yang membantu fungsi tubuh berjalan dengan baik.

7. Menguatkan sistem saraf
Air rendaman kurma tinggi dengan kandungan serat, asid amino dan kalium yang sangat baik untuk membantu menguatkan sistem saraf.
