info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Onigiri beriani ayam laku keras di Jepun, rak 'licin' hari pertama jualan

Lead Image

PRODUK onigiri (nasi kepal) beriani ayam hasil ciptaan kedai serbaneka 7-Eleven Jepun bersama restoran beriani popular mendapat sambutan hangat apabila beberapa cawangan kehabisan stok pada hari pertama jualan.

Dikenali sebagai Biryani Omusubi, makanan unik itu menggabungkan beras basmati yang dimasak bersama rempah ratus serta ayam sebelum dibentuk menyerupai onigiri, kepalan nasi tradisional Jepun.

Menurut laporan media, produk ini dijual pada harga 248 yen (RM6.41) dan mula ditawarkan pada 17 November lalu di beberapa cawangan 7-Eleven terpilih negara itu.

Lebih menarik, kolaborasi itu membabitkan Biryani Osawa, sebuah restoran eksklusif yang terletak di Kanda, Tokyo. 

Gabungan nasi basmati berempah dan ayam dalam bentuk kepalan nasi Jepun. - Facebook/Hiroshi Katsuzawa

Restoran tersebut hanya mempunyai 10 tempat duduk dan menerima kunjungan pelanggan menerusi tempahan serta menyajikan satu menu beriani berbeza setiap hari.

Keistimewaan restoran itu turut mendapat pengiktirafan apabila disenaraikan dalam kategori Bib Gourmand Michelin Guide Tokyo 2026.

Menerusi inovasi berkenaan, hidangan nasi beriani yang lazimnya dinikmati dalam pinggan kini diberi nafas baharu sebagai makanan segera lebih praktikal dan sesuai dinikmati ketika dalam perjalanan ke mana sahaja destinasi.

MENARIK DIBACA: Pelancong Indonesia persoal sarapan di KLIA2 cecah RM50 - "Kos sara hidup hampir setanding Singapura ke?"

MENARIK DIBACA: Petua guna cili kering tak 'jalan'? Ini 6 cara lain halau kutu beras

Berbeza daripada onigiri tradisional, Biryani Omusubi tidak menggunakan balutan rumpai laut. 

Sebaliknya, ia mengetengahkan nasi basmati berempah bersama ayam sebagai inti utama bagi mengekalkan identiti dan keaslian hidangan beriani.

Onigiri berinti nasi beriani ayam yang unik. - Facebook/Hiroshi Katsuzawa

Beberapa peringkat ujian telah dijalankan sebelum produk itu diperkenalkan kepada pelanggan bagi memastikan aroma rempah, rasa dan tekstur nasi basmati terus mengekalkan keistimewaan beriani.

Buat masa ini, Biryani Omusubi hanya ditawarkan di beberapa cawangan kedai serbaneka terpilih antaranya di Sumida dan Ginza, Tokyo serta Funabashi dan Narashino, Chiba.

Walaupun pengedarannya masih terhad sambutan yang diterima ternyata di luar jangkaan apabila beberapa cawangan dilaporkan kehabisan stok pada hari pertama jualan percubaan.

Malah, ada pelanggan yang sanggup mengunjungi beberapa cawangan kedai serbaneka semata-mata untuk mendapatkan onigiri unik itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Alat kesan kebakaran 'tertipu'! Tiba-tiba sembur air pada gambar api di gerai barbeku

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Domino's kolaborasi dengan Minecraft, makan piza lebih seronok!

Terhangat