info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Ayam goreng 6 negara Asia masuk 'ranking' 8 terbaik dunia, Indonesia tempat ke-3

Lead Image

TIDAK boleh disangkal lagi, ayam goreng merupakan makanan yang digemari hampir semua individu di seluruh dunia.

Setiap negara bagimanapun mempunyai cara tersendiri untuk menyediakan menu ini, sama ada dari segi penggunaan rempah, teknik menggoreng mahupun bahan perapan.

Disebabkan sentiasa mendapat tempat di hati peminatnya, laman kulinari TasteAtlas menyenaraikan lapan ayam goreng terbaik di dunia.

Menariknya, ayam goreng dari negara jiran Indonesia berjaya menduduki tempat ketiga mengenepikan sajian popular itu di negara lain.

Jom lihat senarai ayam goreng terbaik pilihan TasteAtlas!

Ayam goreng Amerika Selatan dengan kulit rangup keemasan. - TasteAtlas

1. Chikin (Korea Selatan)

Siapa sahaja tidak menggemari ayam goreng Korea atau dikenali 'chikin', jadi tak hairanlah ia dinobatkan sebagai ayam goreng terbaik di dunia.

Keistimewaannya terletak pada teknik menggoreng dua kali untuk menghasilkan kulit yang lebih rangup. 

Chikin biasanya disajikan bersama pelbagai pilihan sos seperti gochujang pedas dan soy garlic yang mempunyai gabungan rasa manis serta masin.

2. Karaage (Jepun)

Karaage ialah ayam goreng Jepun yang diperap menggunakan bawang putih dan halia. 

Ayam kemudian disalut dengan tepung kanji sebelum digoreng sehingga rangup di bahagian luar dan kekal lembut serta berjus di dalam.

Ayam goreng Indonesia berjaya meraih tempat ketiga. - TasteAtlas

3. Ayam goreng (Indonesia)

Ayam goreng Indonesia mendapat tempat ketiga menerusi penggunaan rempah tradisional seperti serai, lengkuas, kunyit dan asam jawa. 

Ayam diperap dan dimasak menggunakan teknik ungkep (mereneh ayam bersama rempah hingga empuk) sebelum digoreng sehingga menghasilkan rasa yang meresap dan menyelerakan.

4. Kotleta po Kyivsky (Ukraine)

Dikenali juga sebagai 'chicken kyiv', hidangan ini menggunakan dada ayam yang diisi mentega berperisa herba. 

Ayam disalut menggunakan tepung roti sebelum digoreng sehingga rangup dengan mentega cair di bahagian dalam.

Chicken Kyiv merupakan hidangan Ukraine yang diisi inti mentega berempah. - TasteAtlas

5. Fried chicken (Amerika Selatan)

Ayam goreng ini mempunyai kulit rangup berwarna coklat keemasan manakala isi dagingnya kekal lembut dan berjus. 

Ia biasanya dihidangkan bersama kentang putar, kentang atau biskut.

MENARIK DIBACA: Beras dalam bekas berkulat, cara simpan mungkin silap! Boleh jadi punca kanser hati

MENARIK DIBACA: Sambal hijau udang geragau, ringkas tapi menggoda nafsu makan!

6. Zhaziji (China)

Zhaziji merupakan ayam goreng gaya Canton yang dikukus dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum digoreng.

Teknik ini menghasilkan kulit yang sangat rangup dengan isi ayam lembut.

Zhaziji merupakan ayam goreng Canton yang rangup dan lembut. - TasteAtlas

7. Popcorn chicken (Taiwan)

Popcorn Chicken ialah snek ayam goreng popular dari Taiwan.

Potongan ayam kecil diperap bersama kicap, bawang putih, halia sebelum digoreng. 

Hidangan ini turut ditabur daun selasih goreng untuk menambahkan aroma.

8. Chicken 65 (India)

Chicken 65 berasal dari Chennai, India dan terkenal dengan rasa pedas. 

Keistimewaanya terletak pada ayam yang diperap bersama halia, lemon, cili merah dan pelbagai rempah sebelum digoreng sehingga masak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

[V] Ayam RM5 seekor, 'harga runtuh' barangan keperluan tarikan utama Ehsan Family Fiesta 2026

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelancong Indonesia persoal sarapan di KLIA2 cecah RM50 - "Kos sara hidup hampir setanding Singapura ke?"

Terhangat